• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Judi ‘Reload’ Menular Ke Kawasan Pinggir Bandar

oleh AK-47
17/01/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Kes judi dalam talian menggunakan kaedah ‘tambah nilai’ dikesan menular ke kawasan pinggir ibu kota di sini hasil serbuan polis daerah Padawan menahan beberapa individu yang dipercayai terlibat dalam kegiatan itu baru-baru ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah, DSP Merbin Lisa Merbin berkata individu berkenaan ditangkap dalam Ops Dadu yang dilancarkan awal tahun ini, yang berjaya membongkar empat kes menggunakan modus operadi serupa di sekitar kawasan Batu Kawa dan Matang dekat sini.

Beliau berkata polis sedang berusaha keras mengenal pasti beberapa individu yang disyaki dalang membawa masuk perjudian dalam talian jenis tambah nilai itu ke kawasan luar ibu kota, kerana polis memandang serius trend perjudian terbaru ini.

“Perjudian kaedah reload ini sama seperti sistem tambah nilai telefon, dan segala perjudian dibuat dalam talian. Kita percaya servernya adalah di luar negara, dan siasatan terperinci akan diambil bagi membendung gejala ini,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Perhimpunan Bulanan di Padang Kawad IPD Padawan, Siburan, kira-kira 20 km dari sini hari ini.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kegiatan perjudian itu untuk tampil dan turut sama membantu polis dalam usaha membanteras kegiatan itu. – BERNAMA

Tags: DSP Merbin Lisa MerbinJUDI
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Video Kumpulan Lelaki Berjudi Tular, Jumlah Atas Meja Tak Beringat

Video Kumpulan Lelaki Berjudi Tular, Jumlah Atas Meja Tak Beringat

22/12/2025
0

KOTA KINABALU: Satu rakaman video memaparkan sekumpulan lelaki sedang mengira sejumlah besar wang tunai ketika dipercayai berjudi tular di media...

Judi Di Bengkel Kononnya Nak Cari Duit Beli Baju Raya, 14 Lelaki Ditahan

Judi Di Bengkel Kononnya Nak Cari Duit Beli Baju Raya, 14 Lelaki Ditahan

29/03/2025
0

GEORGETOWN: Sekumpulan 14 lelaki yang sedang asyik berjudi ditahan dalam serbuan di sebuah bengkel kereta di Jalan Sungai Pinang, di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd