• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perlu Kajian Segera Tangani Penyakit Padi Angin

oleh Ahmad Albab
17/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ARAU – Pihak berkaitan perlu segera menjalankan kajian bagi mengatasi penyakit padi angin atau tidak berisi yang melanda kebanyakan kawasan tanaman padi di negeri ini sehingga menjejaskan hasil tuaian petani, kata Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man.

Beliau berkata untuk tujuan itu para petani dinasihatkan agar segera melaporkan masalah berkenaan kepada Jabatan Pertanian bagi membolehkan maklumat lengkap dikumpul dan tindakan susulan diambil.

“Saya difahamkan satu daripada puncanya, padi angin ini sudah imun dengan racun… seperti ada proses mutasi di situ, (jadi) perlu ada kajian bagi mengetahui cara atasi masalah itu,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan peralatan perniagaan kepada lapan penduduk kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pauh, di Kampung Katong dekat sini hari ini.

Azlan berkata kerajaan negeri akan memanjangkan kepada kerajaan persekutuan bagi membolehkan sebarang bentuk bantuan dipertimbangkan untuk mengurangkan beban petani yang terjejas.

Semalam media melaporkan kira-kira 7,000 pesawah membabitkan kawasan seluas 15,000 hektar di Perlis dan Kedah terjejas, apabila kawasan tanaman padi mereka berdepan dengan masalah penyakit padi angin.

Ketua Cawangan Komunikasi Korporat Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Mohd Hafizi Zakaria dilaporkan berkata, masalah itu dipercayai berpunca daripada faktor taburan hujan yang meningkat dan penggunaan benih kurang berkualiti. – BERNAMA

Tags: Azlan ManPadi Angin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Azlan Man Hadapi 5 Tuduhan Tuntutan Palsu Lebih RM1.18 Juta

Azlan Man Hadapi 5 Tuduhan Tuntutan Palsu Lebih RM1.18 Juta

10/04/2023
0

KANGAR: Bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, terhadap lima pertuduhan...

Shahidan Kassim Digantikan Azlan Man

25/04/2021
0

KUALA LUMPUR - Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man mengantikan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim selaku Pengerusi Badan Perhubungan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd