• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kabinet Terima Penjelasan Zahid Isu Surat FBI

oleh AK-47
15/01/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KABINET difahamkan menerima penjelasan yang diberikan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkaitan sepucuk surat yang diutuskannya kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat berkenaan Paul Phua.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata Zahid telah menjelaskan perkara berkenaan dalam mesyuarat kabinet baru-baru ini.

“Kami telah mendengar penjelasan beliau dan bersetuju untuk menerima penjelasan yang diberikan itu,” kata Anifah dalam satu sidang akhbar hari ini.

MESTI BACA – Zahid ‘Backing’ Raja Judi… Surat Kepada FBI Tersebar

Memetik laporan portal Malaysiakini, Anifah bagaimanapun enggan mendedahkan apa penjelasan yang diberikan Zahid itu.

Pada 6 Januari lepas, Mynewshub melaporkan berkenaan surat dua halaman ditulis sendiri oleh Zahid yang tersebar, menyatakan Paul Phua tidak terlibat dengan kongsi gelap 14K Triad.

Kontroversi tercetus apabila dalam surat berkenaan Zahid turut mendakwa Paul Phua banyak membantu kerajaan Malaysia melibatkan perkara berkaitan keselamatan negara.

Paul Phua atau nama sebenarnya, Paul Wei Seng Phua merupakan pemain poker profesional handalan yang pernah menyertai kejohanan Big One For One Drop dalam Siri Poker Dunia 2012 dan menduduki tempat keenam dalam European Poker Tour Grand Final Monte Carlo‚ 100k Super High Roller 2014.

Paul Phua dan anaknya, Darren Wai Kit Phua kini menghadapi pertuduhan menghantar maklumat pertaruhan dan menjalankan kegiatan perjudian tidak sah di Las Vegas semasa Piala Dunia 2014. – MYNEWSHUB.CC

Video Lim Guan Eng Tuntut Penjelasan Ahmad Zahid

Tags: FBI
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Apakah Itu Pengarah FBI, Kash Patel Yang Beriya Menari Bollywood?

Apakah Itu Pengarah FBI, Kash Patel Yang Beriya Menari Bollywood?

30/03/2026
0

Oleh Mynewshub   WASHINGTON – Sebuah kumpulan penggodam yang dikenali sebagai Handala Hack Team mendakwa berjaya menceroboh akaun emel peribadi...

Ketua NGO Dalam Senarai FBI: KDN Sedang Dapatkan Gambaran Tepat

Ketua NGO Dalam Senarai FBI: KDN Sedang Dapatkan Gambaran Tepat

19/02/2024
0

Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang mendapatkan gambaran tepat dan akan menyemak fakta berkaitan tiga pemimpin NGO Islam negara ini yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd