• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Skuad B23 Lakar Sejarah Benam Saudi 1-0

oleh
17/01/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SKUAD negara membuat kejutan terbesar dalam Kejohanan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) Bawah 23 Tahun (B-23) apabila menewaskan naib juara 2013, Arab Saudi 1-0 di Stadium Kunshan, malam Selasa.

Kemenangan tidak dijangka itu membolehkan anak buah Datuk Ong Kim Swee mencipta sejarah untuk mara ke suku akhir pada penyertaan sulung dalam kejohanan selepas muncul naib juara Kumpulan C.

Kesebelasan utama skuad Harimau Muda ini dilaporkan mengiringi pasukan kebangsaan Iraq yang turut berjaya apabila menewaskan Jordan 1-0 dalam satu lagi aksi di Stadium Changshu.

Ia ibarat perlawanan hidup mati buat kedua-dua pasukan berkenaan selepas skuad negara hanya mengutip satu mata hasil seri 1-1 dengan Jordan dan tewas 1-4 di tangan Iraq sebelum ini.

Manakala skuad Arab Saudi turut terdesak untuk memburu satu lagi kemenangan selepas mereka cuma terikat 2-2 semasa menentang Jordan dan seri tanpa jaringan pula ketika bertemu Iraq.

Namun, tidak banyak perubahan dilakukan Kim Swee apabila hanya memasukkan R Kogileswaran ganti Jafri Firdaus Chew di jentera serangan manakala Safawi Rasid dan Akhyar Abdul Rashid yang cedera tetap beraksi.

Sebaik wisel perlawanan bermula, Arab Saudi yang dikendalikan oleh jurulatih kelahiran Argentina, Daniel Eduardo Teglia tidak menunggu lama untuk mengancam kubu pertahanan Malaysia.

Sepakan percuma Fahad Al Rashidi yang terkena palang pada minit ketiga dan tandukan Abdulelah Alamri (m-16) yang ditepis keluar penjaga gol Haziq Nadzli, jelas memberi tekanan kepada pasukan negara.

Namun, di sebalik penguasaan Arab Saudi, mereka dikejutkan jaringan tunggal Malaysia menerusi rembatan deras pemain tengah Daniel Amier Norhisham dalam kotak penalti hasil gerakan Matthew Davies pada minit ke-28.

Pada separuh masa kedua, Arab Saudi bangkit asak dari setiap sudut dan terpaksa guna hantaran jauh untuk cuba lepasi pertahanan negara yang ampuh bertahan sekali gus memastikan keputusan 1-0 kekal hingga wisel penamat.

Malaysia bakal beraksi di suku akhir pada 20 Januari ini di venue sama bertemu juara Kumpulan D yang bakal ditentukan oleh Australia, Korea Selatan, Vietnam dan Syria, esok. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: AFCOng Kim Swee
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Netizen Pertikai Denda AFC Terhadap JDT

Netizen Pertikai Denda AFC Terhadap JDT

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Tindakan Jawatankuasa Etika dan Tatatertib AFC mengenakan denda AS$7,000 (RM27,700) terhadap Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas tujuh...

AFC Denda Al-Ahli RM27,700 Lewat Kembali ke Padang Ketika Menentang JDT, Ali Majrashi Digantung Tiga Perlawanan

AFC Denda Al-Ahli RM27,700 Lewat Kembali ke Padang Ketika Menentang JDT, Ali Majrashi Digantung Tiga Perlawanan

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Juara bertahan Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE), Al-Ahli dikenakan denda oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd