• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Terowong Dasar Laut: DAP P.Pinang Tak Cakap Benar

oleh AK-47
16/01/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang hari ini mendakwa kerajaan DAP negeri tersebut tidak bercakap benar dalam urusan melibatkan pembayaran projek terowong dasar laut.

Pengerusi BN Pulau Pinang, Teng Chang Yeow berkata pihak kerajaan negeri mendakwa konon satu sen pun belum pernah dibayar untuk projek terowong dasar laut itu.

Namun dalam jawapan kepada Dewan Undangan Negeri pada 2 November lepas, kerajaan DAP Pulau Pinang memaklumkan RM11.2 juta dibayar secara tunai kepada sebuah syarikat perunding teknikal.

Beliau mendakwa syarikat perunding teknikal itu dilantik oleh kerajaan negeri untuk menyemak dan memperakui tuntutan pembayaran yang dibuat oleh kontraktor projek terowong dasar laut.

“Kerajaan DAP mendakwa tidak satu sen pun dibayar tetapi menerusi pertukaran tanah… sekarang setiap satu sen telah dibayar dan tanah sudah dipindah milik menyebabkan kepentingan rakyat Pulau Pinang terkorban.

“Bolehkah​​​​​ kerajaan negeri ini menjelaskan dengan jujurnya tentang pembayaran yuran perunding sebanyak RM11.2 juta semata-mata hanya untuk kerja-kerja menyemak dan memperakui pembayaran tuntutan,” ​​​​katanya.

Pada sidang akhbar itu, Teng turut membela pihak media dan meminta Ketua Menteri, Lim Guan Eng agar tidak menyalahkan media dalam melaporkan isu itu kerana media tidak memutar belit fakta yang diperoleh.

“Hari ini kita dedahkan dokumen rasmi dan video klip yang kita peroleh, yang mana kita tidak boleh ubah apa-apa… jangan pula mendakwa ini kerja media BN, sebab semua media melaporkan apa yang benar,” katanya. – BERNAMA

Tags: projek terowong dasar lautTeng Chang Yeow
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Ini Saya Sangat Keliru Dan Mohon Penjelasan Uncle” – Najib

12/10/2021
0

TIDAK pernah ada sebarang bukti atau gambar sahih (bukan edit, ya) bahawa saya pernah kenal dengan mendiang Teoh Beng Hock,...

Mahkamah Tangguh Bicara Saman Azeez Terhadap Guan Eng

09/12/2019
0

GEORGETOWN - Perbicaraan kes saman Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, terhadap bekas Ketua Menteri Pulau Pinang,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd