• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pekebun Kecil Sawit Bantah Apartied Tanaman Oleh EU

oleh AK-47
16/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perhimpunan aman oleh pekebun kecil sawit hari ini bagi membantah cadangan Kesatuan Eropah (EU) untuk mengharamkan biobahan api berasaskan sawit, merupakan bukti jelas kepada Parlimen dan Majlis Eropah serta Presiden EU bahawa para pekebun negara ini tidak berpuas hati terhadap tindakan itu.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Mah Siew Keong berkata batahan itu memperkukuh usaha kerajaan untuk melindungi kepentingan negara.

“Kami mengambil maklum ramai pekebun kecil tampil menyuarakan bantahan ke atas tindakan EU bagi mengharamkan biobahan api berasaskan sawit menerusi Arahan Tenaga Boleh Baharu (RED),” kata Mah dalam satu kenyataan hari ini.

Kerajaan Malaysia menyifatkan cadangan pengharaman itu sebagai usaha oleh Eropah untuk memperkenalkan ‘Aparteid Tanaman’ ke atas 650,000 pekebun kecil sawit Malaysia.

Malaysia akan mengambil tindakan yang sewajarnya bagi melindung kebajikan lebih 3.2 juta rakyat Malaysia yang bergantung hidup kepada sektor kelapa sawit.

Cadangan pengharaman itu adalah tidak adil kerana minyak sayuran lain, yang merupakan saingan minyak sawit, akan terus digunakan dalam RED, manakala minyak sawit dikecualikan pada 2021.

“Ini bentuk diskriminasi yang jelas, sedangkan EU sentiasa menentang diskriminasi. Saya menyeru EU supaya menghentikan diskriminasi ke atas sektor minyak sawit,” kata Mah.

Beliau berkata rakan-rakan EU perlu diingatkan bahawa minyak sawit Malaysia memenuhi piawaian kemampanan yang ketat, dengan biobahan api berasaskan sawit Malaysia disahkan mampan menerusi skim pensijilan mampan terkemuka Eropah termasuk Jerman ISCC ( Pensijilan Karbon dan Kemampanan Antarabangsa). – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mah Siew Keong
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gerakan Akan Dipimpin Muka Baharu – Mah

07/10/2018
0

IPOH - Pemilihan pada Persidangan Perwakilan Kebangsaan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) yang akan berlangsung pada 17 Nov depan akan...

Mah Siew Keong Umum Letak Jawatan Presiden Gerakan

16/09/2018
0

SEREMBAN - Datuk Seri Mah Siew Keong hari ini mengumumkan secara rasmi perletakan jawatannya sebagai presiden Gerakan. Mah berkata ini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd