• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

15,000 Hektar Sawah Terjejas Akibat Padi Angin

oleh AK-47
16/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ARAU – Kira-kira 15,000 hektar sawah di Perlis dan Kedah yang berada dalam kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) terjejas akibat penyakit padi angin.

Ketua Cawangan Komunikasi Korporat MADA, Hafizi Zakaria berkata masalah dihadapi 7,000 petani itu berlaku ekoran taburan hujan yang meningkat kebelakangan ini dan penggunaan benih padi kurang bermutu.

“Kalau kita lihat pada statistik pada Ogos hingga November 2016, taburan hujan 936 milimeter (mm) dicatatkan, namun bagi bulan sama pada 2017 sebanyak 1,507 mm,” katanya kepada pemberita di Kampung Belat, Guar Sanji dekat sini hari ini.

Beliau berkata penyakit padi angin juga berpunca daripada penggunaan benih padi kurang bermutu dipercayai diperoleh daripada pengeluar benih padi tidak berdaftar.

Sehubungan itu, Hafizi berkata MADA akan melakukan kajian terperinci serta memikirkan alternatif lain dalam membantu mengurangkan masalah penyakit itu pada masa hadapan.

Selain itu, beliau berkata MADA juga akan turun padang dan memberi bimbingan kepada petani di kedua-dua negeri berkenaan dalam melaksanakan kaedah berkesan bagi mengelak masalah itu berulang. – BERNAMA

Tags: Padi Angin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Petani Perlu Guna Teknologi Atasi Masalah Padi Angin

25/09/2018
0

BAGAN SERAI - Kerajaan negeri Perak meminta petani di negeri ini supaya menggunakan teknologi moden atau kaedah sesuai bagi mengatasi...

Elak Padi Angin Dengan Kaedah Tanaman Dan Benih Yang Betul

06/09/2018
0

KANGAR - Masalah padi angin yang sering dihadapi petani sehingga menjejaskan hasil tuaian dapat dielak jika mereka menggunakan kaedah tanaman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd