• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Huawei Technologies Lantik CEO Baharu Di Malaysia

oleh AK-47
16/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penyedia penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) global, Huawei Technologies Co., Ltd (Huawei) melantik Baker Zhou sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baharunya di Malaysia.

Zhou yang memiliki pengalaman selama 18 tahun dalam industri ICT akan bertanggungjawab terhadap pertumbuhan strategik, operasi dan pembangunan keseluruhan Huawei Technologies di Malaysia.

Dalam kenyataan hari ini, Huawei berkata, Zhou menyertai syarikat itu pada 1999 sebagai pengurus akaun.

Sebelum ini, beliau juga memegang beberapa jawatan kanan dalam Huawei termasuk Naib Presiden Huawei Indonesia, Ketua Pegawai Eksekutif Huawei Bangladesh, Naib Presiden Kumpulan Pemacu Perniagaan Asia Tenggara dan Pengarah Sumber Manusia Rantau Asia Tenggara.

Menjelaskan visinya untuk masa depan Huawei Malaysia, Zhou berkata beliau berharap dapat​​​​​​​bekerjasama dengan kerajaan Malaysia dan rakan kongsi tempatan dalam membangunkan Malaysia yang lebih terhubung.

“Sebagai pemboleh global bagi inovasi ICT, kami berharap dapat memacu pertumbuhan dan pembangunan kukuh dalam negara ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: Huawei
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Huawei Bawa Sweden Ke Mahkamah

01/02/2022
0

BEIJING – Huawei Technologies Co. memulakan prosiding timbang tara terhadap Stockholm di bawah Kumpulan Bank Dunia selepas gergasi teknologi China...

Huawei Jenama Ke-47 Paling Bernilai Dunia

18/06/2019
0

KUALA LUMPUR - Syarikat telekomunikasi China, Huawei mengukuhkan kedudukannya sebagai jenama global bernilai di kedudukan ke-47 dunia, naik satu anak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd