• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Lagi Era Konfrontasi Malaysia-Singapura

oleh AK-47
16/01/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – “Kami tidak sekali-kali ingin kembali kepada era diplomasi konfrontasi dan gemar melaungkan kata-kata retorik antara kedua-dua negara,” demikian ditegaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak apabila merujuk kepada hubungan antara Malaysia dan Singapura.

“Kami mahu melupakan era itu dan tidak ingin sekali-kali kembali kepada era tersebut.

“Kami percaya kedudukan kerajaan sekarang merupakan kedudukan yang akan membawa manfaat bersama kepada Singapura dan Malaysia dan kami sentiasa berpegang kepada dasar kami.

“Agenda kami dan kemampuan kami untuk menyampaikan manfaat sebenar dan ketara kepada rakyat Malaysia serta Singapura,” kata beliau pada sidang media bersama bersempena Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura kelapan di Istana di sini, hari ini.

Najib dan rakan sejawatannya dari Singapura, Lee Hsien Loong ditanya sama ada kerajaan kedua-dua negara boleh memberi jaminan bahawa Sistem Transit Rapid (RTS) dan Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) akan tetap diteruskan sekiranya berlaku perubahan dalam persekitaran politik berikutan pilihan raya umum yang akan diadakan di Malaysia.

Dalam respons beliau, Lee berkata semua projek yang melibatkan lebih daripada sebuah negara dan memakan masa lebih daripada satu penggal pemerintahan “memerlukan komitmen jangka panjang”.

“Komitmen itu diberi secara formal, manakala perjanjian yang ditandatangani antara dua kerajaan hari ini merupakan suatu ikatan perjanjian yang terus terpakai, dan tidak kiralah siapa jua yang menjadi kerajaan di sebelah sana, perjanjian ini perlu mereka warisi dan menjadi pihak kepadanya.

“(Bagaimanapun) bagi pihak Singapura, saya tidak mempunyai sebarang keraguan tentang hasrat kami untuk melaksanakan apa yang telah kami tandatangani dan beri komitmen hari ini,” katanya.

Malaysia dan Singapura menandatangani dua perjanjian dua hala berkaitan projek RTS dan HSR, yang masing-masing dijangka siap pada 2024 dan 2026. – BERNAMA

Tags: Lee Hsien LoongSingapura
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

09/04/2026
0

REMBAU - Pemimpin negara lain diharap tidak membuat kenyataan berhubung pendekatan Malaysia dalam mendepani isu sekatan di Selat Hormuz. Menurut...

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

08/04/2026
0

SINGAPURA, 8 Apr - Singapura menegaskan tidak akan terlibat dalam sebarang rundingan dengan Iran berhubung laluan selamat kapal atau kadar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd