• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pak Arab Tipu RM500,000 Harta Karun 7 Unta

oleh
16/01/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KREATIF… Sindiket penipuan atau scam nampaknya semakin menjadi-jadi malahan kadangkala modus operandi dan si suspeknya juga jelas adalah tidak masuk akal.

Terbaharu ada kes seorang ustaz yang terpedaya sehingga kehilangan wang kira-kira RM500,000 hanya kerana terpesona dengan gaya penampilan penipu iaitu lelaki Arab berperwatakan alim.

Akibat terpengaruh dengan imej Pak Arab tersebut, ustaz berkenaan kemudian cuba memujuk orang ramai dan kenalannya untuk ‘melabur’ dan akhirnya wang dikeluarkan mereka itu habis lesap.

“Ustaz itu kata, dia terpedaya apabila Pak Sheikh (orang Arab) itu menunjukkannya bayangan seorang puteri cantik dan dia diberitahu akan mendapat harta karun yang dibawa oleh tujuh ekor unta.

“Cerita macam tidak logik namun itulah yang berlaku sehingga ustaz yang berada di Ampang ini terpedaya,” kata Penasihat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan.

Beliau yang juga mesra disapa sebagai Tok Ki mendedahkan kisah pelik berkenaan ketika menjadi tetamu dalam segmen bual bicara Warna Pagi menerusi stesen radio tempatan IKIM FM pada Isnin.

Menurut Nadzim, dalang scammer melakukan pelbagai cara pelik untuk mendapatkan wang daripada orang ramai bahkan ada juga ahli PPIM sendiri pernah hampir menjadi mangsa penipuan sebegitu.

“Ada ahli kita (PPIM) yang baru lima enam bulan bertugas juga hampir percaya apabila dia menerima panggilan telefon daripada orang yang menyamar menjadi polis dan mahu wang daripadanya.

“Menurutnya, semasa bercakap di telefon, dia dengar suasana seperti balai polis dan hampir percaya,” ujar Nadzim. yang turut pernah menerima panggilan daripada scammer mendakwa anak bekas Presiden Uganda.

“Lucunya dia pula minta bantuan dan tawar emas bernilai jutaan ringgit. Dia mungkin tak kenal saya, jadi saya minta jumpa dan dalam pertemuan itu saya bawa polis sekali. Jadi dia dicekup masa itu,” katanya.

Nadzim juga menasihati jangan mudah beri kad ATM dan nombor pin ketika berurusan dengan ah long kerana dalam banyak kes sindiket itu guna bank menerima wang bagi pihak scammer. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Nadzim JohanPPIM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tak Masuk Akal Caj RM1,000 Untuk Ujian Covid-19

27/01/2021
0

KUALA LUMPUR - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendedahkan, terdapat segelintir pusat perubatan dan klinik swasta mengenakan caj tinggi bagi...

Ini Arak, Bukan Jus Epal Biasa!

25/10/2020
0

Poster PPIM menyebut Apple Fox adalah arak jenis cider yang mempunyai pembukusan seperti air jus biasa.

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd