• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Ditahan Bersama Dadah Bernilai RM64,500

oleh AK-47
16/01/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Seorang lelaki ditahan bersama dadah yang dianggarkan bernilai RM64,500 di dalam sebuah kereta di Taman Pertama di sini, Sabtu lalu.

Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Jamaluddin Kudin berkata suspek berusia 38 tahun itu ditahan pada jam 4.30 petang semasa sedang memandu kereta Perodua Myvi.

“Pemeriksaan ke atas kenderaan itu menemui satu kotak mengandungi serbuk dadah jenis methamphetamine dianggarkan seberat 1.6kg, syabu (101.8 gram) dan 500 biji pil Erimin 5 (140.6 gram),” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang sini, hari ini.

Jamaluddin berkata pemeriksaan awal juga mendapati suspek mempunyai 14 rekod kesalahan lampau berkaitan dadah dan jenayah, selain ujian air kencing mengesahkannya positif dadah.

Beliau berkata selain dadah itu, polis turut merampas kereta yang digunakan suspek.

Suspek kini direman sehingga Jumaat ini dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta yang sama. – BERNAMA

Tags: dadahDatuk Jamaluddin Kudinditahan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

12/05/2026
0

Oleh Mynewshub  REMBAU – Seorang pesara polis wanita berusia 65 tahun ditahan selepas bertindak melarikan diri daripada polis dalam kejadian...

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd