• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Residensi Hektar Ditawarkan Khas Untuk Melayu

oleh AK-47
16/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak 2,400 unit pangsapuri Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (RUMAWIP) Residensi Hektar, Jalan Gombak di sini, yang dijangka sepenuhnya pada 2021, akan ditawarkan khas kepada pembeli Melayu.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata setiap unit yang berkeluasan 800 kaki persegi dan 850 kaki persegi, masing-masing dijual pada harga RM266,000 dan RM299,000.

“Projek yang dibina di atas tanah rizab Melayu ini terletak bersebelahan dengan Pasar Besar Gombak begitu strategik kerana pelbagai kemudahan infrastruktur serta jaringan lebuhraya seperti DUKE dan MRR2 memudahkan perjalanan harian penduduk ke tempat kerja.

“Selain itu, keserlahan Residensi Hektar ditonjolkan dengan gabungan reka bentuk geometri dan struktur yang diilhamkan dari corak dan kesenian, motif budaya, tradisi dan nilai Islam,” katanya ketika berucap merasmikan projek RUMAWIP Residensi Hektar, di sini, hari ini.

Tengku Adnan berkata sebanyak 40 buah projek RUMAWIP telah dilancarkan kepada golongan berpendapatan sederhana di sekitar ibu kota sejak pelaksanaannya pada tahun 2013.

“Dengan kesungguhan dan perancangan yang dibuat, kami yakin penyediaan RUMAWIP boleh dicapai melebihi sasaran awal iaitu 80,000 unit menjelang tahun 2020,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Hektar Aneka Sdn Bhd., Datuk Rozabil Abdul Rahman berkata pihaknya sebagai pemaju projek tersebut telah membuka pendaftaran untuk pembelian RUMAWIP kepada pembeli Melayu sejak pertengahan November lepas.

“Setakat ini, sebanyak 60 peratus daripada 2,400 unit telah berjaya didaftarkan kepada pembeli Melayu individu dan pasangan berkahwin. – BERNAMA

Tags: Rumah Residensi Hektar Ditawarkan Khas Untuk Pembeli Melayu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd