• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Duta AS Dipanggil Beri Penjelasan Kenyataan Trump

oleh AK-47
16/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ABUJA – Menteri Luar Nigeria, Geoffrey Onyeama memanggil Duta Besar Amerika Syarikat (AS), Stuart Symington bagi memberi penjelasan berhubung kenyataan Presiden Donald Trump yang berbaur perkauman.

“Jika kenyataan itu benar, ia sangat menyakitkan hati dan tidak dapat diterima, apatah lagi memandangkan hubungan mesra yang terjalin antara Nigeria dan AS,” kata jurucakap Kementerian Luar, Dr Tope Elias-Fatile dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, duta besar itu diwakili Kuasa Usaha Kedutaan Perancis, David Young.

Elias-Fatile memetik Young sebagai berkata “terdapat pandangan bercanggah oleh mereka yang hadir pada mesyuarat terhadap kenyataan itu, sama ada ia sahih atau sebaliknya.”

“Young menegaskan kerajaan Trump senantiasa memandang tinggi rakyat Nigeria dan menghargai hubungan serta kerjasama sangat baik antara kedua-dua negara.Trump juga berharap dapat membina hubungan itu untuk kepentingan bersama kedua-dua negara,” kata jurucakap itu.

Trump, dilaporkan membuat komen rasis pada mesyuarat dengan pemimpin kongres di Pejabat Oval. Presiden AS berkenaan menyifatkan pendatang dari Afrika serta negara lain termasuk Haiti dan El Salvador “menjijikkan”.

Bagaimanapun, menerusi twitternya pada Jumaat, Trump menafikan pernah menyifatkan kaum yang datang dari mana-mana negara sebagai “menjijikan”.

Beliau sebaliknya berkata, “tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan yang menghina rakyat Haiti, meskipun jelas negara itu sangat miskin dan bermasalah. Tidak pernah berkata “keluarkan mereka”. Saya mempunyai hubungan baik dengan warga Haiti.”

“Mungkin pada mesyuarat akan datang, perlu dirakamkan kerana tiada siapa yang boleh dipercayai,” kata Trump. – BERNAMA-NNN-NAN

Tags: Stuart Symington
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd