• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahfuz Omar Tidak Perlu Berlakon ‘Bajet Baik’

oleh AK-47
15/01/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar tak perlu ‘bajet baik’ seolah-olah tidak pernah menggunakan bahasa kasar dalam berpolitik selama ini.

Penganalisis politik, Dr. Kamarul Zaman Yusoff berkata, bekas Ketua Penerangan PAS Pusat itu selama ini gemar menggunakan bahasa kasar sama ada secara lisan mahupun dalam kenyataan bertulis.

“Selain daripada itu banyak insiden keterbabasan dari segi fakta yang tidak sesuai dengan imejnya dalam sebuah parti politik Islam.

“Membaca kenyataan beliau sejak kebelakangan ini nampak semacam sedang berusaha kuat memprojeksikan diri sebagai seorang pemimpin yang baik.

“(Konon) tidak menggunakan bahasa yang kasar ke atas lawan-lawan politik beliau,” kata Kamarul Zaman dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru ujarnya, Mahfuz sememangnya tidak patut terasa hati apabila pemimpin PAS mengatakan beliau ibarat “orang yang sudah lama mati cuma baru nak tanam” atau “harumanis bila sudah busuk dia jatuh sendiri”.

Ini kerana ayat sindiran seperti itu sangat sesuai dengan watak keperibadiannya selama ini.

Malah, katanya, Mahfuz tidak perlu berpura-pura kononnya beliau enggan memberi respons kepada bahasa kasar itu kerana beliau ahli politik yang matang walhal ia bertepatan dengan keperibadian dan perilaku sebenar beliau.

Beliau memberi contoh Mahfuz tanpa hujah yang berilmiah pernah mendakwa Kabinet Malaysia sebagai kabinet yang hanya layak menjaga tandas awam serta menuduh PAS parti politik “makan keliling” dan “tak tentu hala”.

Selain itu, katanya, Mahfuz sebenarnya tidak mempunyai fikrah perjuangan yang jelas kerana pernah menyokong surat terbuka Kumpulan G25 yang mempersoalkan undang-undang jenayah syariah di Malaysia.

“Tahap dan fikrah perjuangan Mahfuz terkini seperti tercatat dalam page beliau pada 10 Januari lalu hanyalah: “KEDAH TEMPAH SEJARAH ALMARHUM SULTAN ABDUL HALIM 2 KALI MENJADI YANG DIPERTUAN AGONG DAN TUN MAHATHIR AKAN BAKAL 2 KALI MENJADI PERDANA MENTERI. Syabas dan tahniah orang Kedah. Saya bangga jadi anak Kedah kerana UMNO bakal dihumban oleh gabungan bekas presiden dan 2 timbalan presiden UMNO bersama rakan2 pembangkang yang lain,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Dr. Kamarul Zaman YusoffMahfuz Omar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mahfuz Sindir PAS Pernah Bersama DAP, Tapi Tiada Label ‘Syaitan’ 

Mahfuz Sindir PAS Pernah Bersama DAP, Tapi Tiada Label ‘Syaitan’ 

15/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – PAS pernah bekerjasama dengan DAP dalam Pakatan Rakyat, tapi ketika itu tidak kedengaran label 'syaitan'...

Sanusi Mohon Maaf Kepada Mahfuz

Sanusi Mohon Maaf Kepada Mahfuz

19/05/2023
0

SHAH ALAM - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor membuat permohonan maaf kepada Naib Presiden Parti Amanah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd