• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Sahabat Maut Kereta Rempuh Plaza Tol Batu 3

oleh Ahmad Albab
16/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Dua sahabat maut apabila kereta Perodua Kancil yang dinaiki hilang kawalan dan merempuh tembok Plaza Tol Batu Tiga, di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Shafien Mamat berkata dalam kejadian pada 6.36 pagi itu, mangsa yang maut dikenali sebagai Muhammad Azki Dahlan Jamit, 21, dan Norsya’Baniah Norhisham, 20.

“Pemandu kereta itu pula, Muhammad Azri Dahlan Jamit, 23, yang juga abang kepada Muhammad Azki cedera pada beberapa bahagian badan dan sedang dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang serta dilaporkan stabil,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kereta dari arah Kuala Lumpur ke Klang itu dipercayai dipandu laju sebelum hilang kawalan dan merempuh tembok di plaza tol berkenaan.

“Akibat rempuhan itu, dua penumpang (Muhammad Azki dan Norsya’Baniah) disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian kerana mengalami kecederaan parah pada beberapa bahagian badan akibat tersepit di dalam kereta itu yang remuk teruk pada bahagian hadapan,” katanya.

“Mayat kedua-dua mangsa telah dibedah siasat di Hospital Shah Alam dan dituntut anggota keluarga kira-kira 1.30 tengah hari tadi,” katanya.

Shafien berkata pihaknya akan meneliti rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di sekitar kawasan kejadian dan sedang mencari saksi bebas untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian. – BERNAMA

Tags: kemalangan maut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

03/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelawak dan pengacara terkenal, Harith Iskander menggesa masyarakat supaya tidak mempolitikkan tragedi kemalangan maut di Simpang Renggam...

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd