• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kastam Nafi Jual Gitar ‘Martin’ Melalui Laman Web

oleh AK-47
15/01/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menafikan penglibatannya dalam sebarang kegiatan penjualan gitar jenama ‘Martin’ melalui sebuah laman web.

Sebuah laman web berbahasa Mandarin telah melaporkan perkara tersebut menerusi catatan bertajuk ‘Jabatan Kastam Mengadakan Jualan Diskaun, Gitar Terbaik Dunia, Gitar Jelajah Martin’.

Ketua Cawangan Perhubungan Awam Ibu Pejabat JKDM Putrajaya, Mohd Hisham Mohd Nor berkata JKDM tidak pernah membuat penjualan barangan rampasan kepada orang awam melalui pihak ketiga.

“Kaedah yang digunakan sindiket ini adalah melalui pengiklanan pada laman sesawang itu yang mendakwa gitar jenama Martin itu akan dijual dengan harga RM388 seunit dan RM588 untuk dua unit berbanding harga dalam pasaran, dianggarkan bernilai RM4,335 seunit.

“JKDM memandang serius dan menasihatkan orang awam berwaspada bagi mengelak daripada menjadi mangsa penipuan. Jangan lakukan sebarang transaksi tanpa membuat semakan dengan JKDM terlebih dahulu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Hisham berkata untuk sebarang semakan dan pertanyaan lanjut, orang awam boleh menghubungi pusat panggilan JKDM di talian 1300-888-500 (pertanyaan umum), 1800-888-855 (aduan penyeludupan), 03-88822100 (ibu pejabat Putrajaya) atau menerusi e-mel pertanyaan [email protected] dan [email protected]. – BERNAMA

Tags: Gitar Martin'
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd