• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

5,700 Kg Minyak Masak Cuba Di Seludup Dirampas

oleh AK-47
15/01/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Seorang individu tanpa lesen pemborong minyak masak ditahan kerana cuba menyeludup 5,780 kilogram bahan itu ke negara jiran pada 11 Jan lepas.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kelantan, Datuk Ab Ghani Harun berkata lelaki berusia 33 tahun itu ditahan dalam Ops Khas Bekalan dan minyak masak tersebut dipercayai diperolehi dari Selangor.

“Kesemua minyak masak bernilai RM14,450 itu dirampas hasil serbuan ke sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Banggol Kulim, Rantau Panjang, Pasir Mas, pada pukul 11.40 malam, 11 Januari lalu,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Ab Ghani berkata modus operandi sindiket itu adalah dengan membawa masuk bekalan minyak dari negeri lain dalam kuantiti kecil dan dikumpulkan di stor haram di kawasan berhampiran sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini.

“Apabila jumlahnya banyak kesemua bekalan minyak itu akan diseludup ke negara jiran melalui laluan haram. Kita juga dapati minyak masak jenama berkenaan tidak dijual di Kelantan dan ia hanya untuk dijual di Thailand, ” katanya.

Katanya kebiasaannya bagi minyak masak seberat 17 kg dijual di negeri ini dengan harga RM42 tetapi apabila tiba di negara jiran harganya meningkat kepada RM52.

Beliau berkata pihaknya sedang menyiasat kes tersebut mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 di mana jika sabit kesalahan boleh dihukum di bawah Seksyen 22(1) akta sama iaitu denda atau penjara atau kedua-duanya sekali.

Dalam perkembangan lain, Ab Ghani berkata KPDNKK Kelantan menyita sebanyak 390 unit beg tangan, kasut dan tali pinggang wanita bernilai RM36,000 disyaki produk tiruan, hasil serbuan di sebuah butik di Ketereh di sini, Khamis lepas.

“Kita dapati harga setiap unit beg tangan itu begitu murah iaitu serendah RM65 walaupun harga yang tulin mencecah ribuan ringgit.

“Kita juga percaya lelaki ini sudah lama menjalankan kegiatan penjualan barangan tersebut termasuk secara dalam talian dan sambutannya dikatakan menggalakkan, ” katanya. – BERNAMA

Tags: Minyak Masak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Belum Rancang Salur Subsidi Minyak Masak Peket Guna MyKad

Kerajaan Belum Rancang Salur Subsidi Minyak Masak Peket Guna MyKad

17/02/2025
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan belum merancang untuk menukar subsidi minyak masak peket kepada bayaran tunai melalui MyKad kepada rakyat setakat...

‘Kecut Perut’ Dikejar Penguat Kuasa, Penyeludup Tinggal Kereta Berisi Minyak Masak

‘Kecut Perut’ Dikejar Penguat Kuasa, Penyeludup Tinggal Kereta Berisi Minyak Masak

26/10/2024
0

TUMPAT : Pemandu sebuah kereta disyaki penyeludup lari meninggalkan kenderaan membawa muatan 850 kilogram (kg) minyak masak bersubsidi untuk mengelak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd