• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

80,000 Unit Rumawip Dibina Pertengahan Tahun

oleh Ahmad Albab
14/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Wilayah Persekutuan yakin mampu membina 80,000 unit Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (Rumawip) menjelang pertengahan tahun ini.

Menteri berkenaan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata ia lebih awal daripada sasaran yang ditetapkan pihaknya iaitu pada tahun 2020.

“Sehingga Disember lepas, kita berjaya mencapai 71,554 unit atau 89.44 peratus daripada sasaran keseluruhan.

“Bagi tahun ini ada banyak lagi projek-projek Rumawip di lokasi strategik berhampiran pusat bandar akan ditawarkan dan sedang diteliti,” katanya pada Majlis Pelancaran dan Sesi Pengundian Unit Rumawip Residensi Vista Wirajaya dan Vista Wirajaya 2 di sini hari ini.

Tengku Adnan berkata pengiraan sasaran terbabit adalah dengan mengambil kira projek di bawah kategori ‘Siap’, ‘Dalam Pembinaan’ serta ‘Kelulusan Perintah Pembangunan atau ‘Development Order’.

Rumawip Residensi Vista Wirajaya dan Vista Wirajaya 2 menawarkan dua blok kediaman, masing-masing 30 dan 35 tingkat dengan jumlah unit sebanyak 953 unit dan akan memulakan fasa pembinaan pada awal tahun ini serta dijangka siap pada 2022.

Kediaman Rumawip yang berkeluasan 82.1 dan 78.9 meter persegi ditawarkan pada harga RM300,000 seunit dilengkapi tiga bilik tidur, dua bilik air dan satu petak tempat letak kereta. – BERNAMA

Tags: Rumawip
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rumawip Di Bawah Tanggungjawab KWP – Zuraida

28/03/2019
0

PUTRAJAYA - Kementerian Wilayah Persekutuan bertangungjawab sepenuhnya terhadap sebarang keputusan mengenai pembinaan atau pembatalan projek Rumah Mampu Wilayah Persekutuan (Rumawip)....

Kerajaan Lulus 55,974 Unit Rumawip Setakat 31 Ogos – Khalid

18/09/2018
0

KUALA LUMPUR - Sejumlah 55,974 unit Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (Rumawip) melibatkan 89 projek telah diluluskan setakat 31 Ogos,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd