• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pukul Isteri Hingga Mati Gara-Gara Syak Skandal

oleh Ahmad Albab
16/01/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAIPING – Hanya kerana syak wasangka, seorang suami nekad memukul isterinya sehingga meninggal dunia dalam satu kejadian di Matang dekat sini, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Taiping, ACP Mohamad Taib berkata mangsa Noor Waheedah Abd Wahid, 38, disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh kira-kira 9.30 malam tadi.

“Kejadian dipercayai berlaku pada pukul 11 malam hari Khamis. Keesokannya kira-kira 9.15 pagi seorang lelaki berumur 40 tahun dan bekerja sebagai buruh datang ke Balai Polis Kuala Sepetang membuat laporan memberitahu dia telah memukul isterinya.

“Isterinya cedera lalu tidak sedarkan diri dan dihantar ke Hospital Taiping sebelum dirujuk ke HRPB selepas disyaki mengalami pendarahan dalam otak,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mohamad berkata bedah siasat yang dilakukan oleh pihak HRPB hari ini mendapati kematian mangsa adalah disebabkan oleh trauma tumpul.

Beliau berkata suami mangsa telah ditangkap dan pihak polis telah mendapatkan perintah reman tiga hari bermula semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

“Pihak polis akan memohon lanjutan tempoh reman ke atas suami mangsa esok untuk siasatan lanjut kes yang direklasifikasi di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Punca kejadian, suami mengesyaki isteri ada hubungan rapat dengan lelaki lain,” katanya.

Mohamad berkata suami isteri itu mempunyai empat orang anak berumur lima hingga 15 tahun. – BERNAMA

Tags: pukul isteri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pukul Isteri Dengan Kayu Kerana Cemburu

17/04/2022
0

Kluang : Lelaki di bawah pengaruh syabu ditahan manakala kayu dipercayai digunakan untuk memukul isterinya dirampas polis di ladang kelapa...

Peniaga Didakwa Cederakan Isteri Ketiga Hingga Parah

17/06/2021
0

JOHOR BAHRU - Seorang peniaga didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap isteri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd