• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Alexis Sanchez: Arsene Wenger Masih Berteka-Teki

oleh Ahmad Albab
14/01/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ARSENE Wenger belum dapat memberikan perkembangan terkini terhadap masa depan Alexis Sanchez, tapi pengurus Arsenal itu tidak menolak jangkaan bahawa Manchester United dan Manchester City sedang memburu bintang kelahiran Chile itu.

Sanchez kekal menjadi buruan utama bagi City selepas terlewat melakukan pertukaran di Stadium Etihad dalam tingkap perpindahan lalu.

United dilaporkan menjadi pesaing City baru-baru ini selepas didakwa cuba untuk merampas pemain yang berada dalam pemerhatian Pep Guardiola.

Wenger menjawab pertanyaan media tentang Old Trafford sebagai padang baharu buat Sanchez, namun dia seakan ingin berteka-teki.

“Jujurnya, saya tidak boleh beritahu lebih buat masa ini sebab belum ada yang betul-betul kukuh,” katanya.

Ketika diasak tentang kemungkinan United turut mengintai bintang tersebut, Wenger berkata: “Anda simpulkan begitu. Anda boleh katakan – bukannya saya tidak mahu memberitahu, tapi saya tidak mahu beri maklumat yang salah. Tiada keputusan lagi.”

Ada cakap-cakap yang mengatakan persaingan antara City dan United untuk mendapatkan khidmat bekas pemain Barcelona itu mungkin berpihak kepada Arsenal, tapi Wenger memberi bayangan bahawa rundingan harga sedang dilakukan.

“Bidaan harga selalunya berguna buat kelab yang ingin mengambil kesempatan, tapi kami tidak begitu. Biasanya, kami mahu dia kekal sehingga musim ini berakhir. Kita akan lihat.” – Four Four Two/mStar Online

Tags: Alexis SanchezArsene Wenger
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Menang Pertaruhan, Sanchez Kata “Rojo Anda Hutang Saya £20k”

23/12/2018
0

PEYERANG Manchester United, Alexis Sanchez bertaruh dengan rakan pasukannya, Marcos Rojo bahawa Jose Mourinho akan dipecat di Old Trafford. Karier...

Sanchez Terpaksa Berehat Panjang

30/11/2018
0

MANCHESTER - Bintang Manchester United, Alexis Sanchez dijangka terpaksa berehat panjang selepas mengalami kecederaan hamstring yang serius pada sesi latihan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd