• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perbezaan Bahasa Tak Halang Jurulatih Berkomunikasi

oleh AK-47
14/01/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perbezaan bahasa tidak menjadi halangan bagi ketua jurulatih kebangsaan sementara pasukan terjun negara kelahiran China, Zhang Yukun untuk berkomunikasi dengan penolong jurulatih dari Australia Christian Brooker.

Walaupun Zhang hanya tahu berbahasa Mandarin, manakala penolong jurulatih yang baru dilantik itu pula hanya memahami bahasa Inggeris, tetapi ketua jurulatih dari China itu berkata dalam sukan, komunikasi ‘melampaui bahasa’.

“Brooker baru dua minggu di sini. Pada pendapat saya, sekiranya kita mempunyai kefahaman yang baik melalui perasaan kita, tiada masalah untuk memahami satu sama lain. Lagi pun, dengan bantuan teknologi, kami ada telefon untuk menjadi penterjemah.

“Bagaimanapun, kami sedang berusaha mempelajari bahasa satu sama lain. Brooker sedang cuba belajar Mandarin, manakala saya pula cuba belajar bahasa Inggeris,” kata Zhang seperti yang diterjemahkan seorang staf Institut Sukan Negara pada sidang akhbar bersama-sama Brooker di sini hari ini.

Zhang berkata demikian apabila ditanya tentang kesukarannya untuk bekerjasama dengan Brooker memandangkan mereka bertutur dalam bahasa berlainan.

“Untuk masa ini, kami ingin memastikan setiap orang stabil dari segi mental dan emosi untuk membolehkan mereka memberi fokus terhadap Sukan Komanwel dan Sukan Asia yang akan datang. Kami akan teruskan apa saja (kaedah) yang sesuai dan hanya mengubahnya mengikut keperluan penerjun,” kata Zhang.

Brooker akan membantu Zhang, yang dilantik sebagai ketua jurulatih sementara bagi menggantikan Yang Zhuliang, apabila kontraknya tidak diperbaharui di bawah Program Podium akhir tahun lepas.

​Warga Australia berusia 36 tahun itu, yang memiliki ijazah sarjana dalam bidang Kejurulatihan Sukan (Sains Gunaan) daripada University of Queensland serta mempunyai lebih 10 tahun pengalaman sebagai jurulatih di United Kingdom dan Australia bagi peringkat remaja, pada mulanya disebut-sebut sebagai pengganti Yang, tetapi disahkan sebagai penolong jurultih kemudiannya.

Sementara itu, pengarah Program Podium Tim Newenham bersetuju bahawa bahasa tidak akan menjadi penghalang dalam sukan kerana sudah menjadi amalan biasa di seluruh dunia yang menggunakan khidmat jurulatih asing bagi menggilap bakat atlet tempatan.

“Cantiknya sukan adalah kerana ia boleh menemukan sesiapa sahaja. Sekiranya bahasa dan tindakan anda ringkas dan padat, komunikasi akan lebih berkesan dan padu.

“Saya dapati ia berfungsi dengan cukup baik semasa latihan…para atlet juga boleh menterjemah,” katanya. – BERNAMA

Tags: Christian BrookerZhang Yukun
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jurulatih Dari Australia Mahu Guna Sains Sukan

14/01/2018
0

KUALA LUMPUR - Penolong jurulatih baharu, Christian Brooker komited untuk memanfaatkan kepakaran dan pengalaman dalam bidang sains sukan bagi membimbing...

Jurulatih Terjun Dari Australia Ganti Zhuliang

21/12/2017
0

KUALA LUMPUR – Kesatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) mengambil keputusan untuk mendapatkan khidmat jurulatih dari Australia menggantikan Yang Zhuliang, jurulatih...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd