• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Perak Kenal Pasti Beberapa Individu Terlibat Daesh

oleh AK-47
12/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Polis Perak telah mengenal pasti beberapa individu di negeri ini dipercayai terlibat dengan militan Daesh.

Ketua Polis negeri Datuk Hasnan Hassan ketika mendedahkan perkara itu berkata tangkapan akan dilakukan dalam waktu terdekat.

“Pihak polis telah mengesan mereka. Bilangan tidak dapat diberitahu, tapi ada di antaranya kakitangan kerajaan serta isteri yang menyokong suami menganggotai Daesh,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menyaksikan majlis serah terima tugas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak; Ketua Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) IPK dan Ketua Polis Daerah Taiping.

Pada majlis itu, Ketua JSJ IPK Perak Datuk Gan Tian Kee menyerahkan tugas kepada SAC Yahya Abd Rahman, Ketua JIPS Supt Mohd Radzuan Bachik menyerahkan tugas kepada Supt Mohd Azlan Sanusi manakala ACP Mohammad Taib menerima tugas sebagai Ketua Polis Daerah Taiping daripada Supt Razlam Abd Hamid.

Mengulas lanjut Hasnan berkata polis Perak sentiasa menjadikan usaha memerangi militan Daesh sebagai fokus utama kontinjen selain menghapuskan kegiatan judi dan gangsterism.

Beliau juga mahu setiap pegawai dan anggota polis di Perak meneruskan kecemerlangan tahun lalu yang berjaya menurunkan kadar indeks jenayah daripada 5,846 kes kepada 5,362 atau 13.2 peratus.

Berhubung penyalahgunaan dadah, Hasnan berkata walaupun terkawal ia masih pada tahap membimbangkan kerana tahun lalu nilai keseluruhan rampasan dadah meningkat kepada RM12.4 juta berbanding RM7.5 juta pada 2016, manakala nilai sitaan harta daripada kegiatan haram itu pada tahun lepas RM5.6 juta. – BERNAMA

Tags: Daesh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Turkiye Tahan Lebih 100 Anggota Militan Daesh

Turkiye Tahan Lebih 100 Anggota Militan Daesh

30/08/2024
0

ISTANBUL - Pihak berkuasa Turkiye menahan lebih 100 anggota disyaki militan Daesh pada minggu ini yang dianggap penahanan terbesar terbaharu...

Pemimpin Daesh, Abu Al-Hussein Terbunuh Dalam Pertempuran

Pemimpin Daesh, Abu Al-Hussein Terbunuh Dalam Pertempuran

04/08/2023
0

BEIRUT : Kumpulan militan Daesh mengumumkan kematian pemimpinnya, Abu al-Hussein al-Husseini al-Qurashi yang dilaporkan terbunuh dalam pertempuran di barat laut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd