• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Projek Terowong: SPRM Rekod Keterangan 12 Individu

oleh AK-47
11/01/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sehingga hari ini telah merekodkan keterangan 12 saksi berhubung siasatan terhadap dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata mereka terdiri daripada pegawai-pegawai Pejabat Kewangan Negeri, Pejabat Perancangan Ekonomi Negeri, Pejabat Jabatan Kerja Raya, Pejabat Tanah dan Galian dan pengarah urusan sebuah syarikat.

Beliau turut mengesahkan pasukan penyiasat telah mengunjungi beberapa pejabat di Komtar hari ini dan mengambil beberapa dokumen tambahan berhubung projek itu.

“Bukan semua tempat kita buat serbuan. Pejabat kerajaan di Komtar kita pergi melawat dan ambil dokumen, bukan serbuan. Tapi ada beberapa premis syarikat dan pemilik rumah yang ini betul kita ada buat serbuan. Keseluruhan semua tempat yang dilawat dan dibuat serbuan pada hari ini ada 12 lokasi,” katanya ketika dihubungi.

Ketika ditanya sama ada pihak SPRM ada mengambil keterangan Ketua Menteri Lim Guan Eng, Azam berkata belum ada keperluan untuk berbuat demikian buat masa ini.

Azam berkata setakat ini tidak ada tangkapan lain dibuat dan kini pasukan penyiasat dalam proses merakam percakapan saksi-saksi untuk memperoleh lebih maklumat berhubung perkara itu.

“Saya tidak menolak kemungkinan ada tangkapan lain, mungkin selepas kita memperoleh maklumat baharu dan bukti-bukti melalui rakaman percakapan dalam proses siasatan ini,” katanya.

Selasa lepas, SPRM membuat serbuan di beberapa pejabat kerajaan di Komtar dan syarikat berkaitan projek terowong dasar laut itu susulan aduan dibuat Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan.

Semalam, dua individu bergelar datuk daripada syarikat pembangunan hartanah direman enam hari masing-masing di Putrajaya dan di sini bagi membantu siasatan kes itu.

Pada 5 Januari lalu, Huan membuat laporan dan menyerahkan bukti baharu berhubung projek terowong dasar laut bernilai RM15 bilion itu kepada SPRM di Putrajaya bagi menyiasat sama ada wujud unsur salah laku atau rasuah dalam pembidaan projek dasar laut itu.

Ia merupakan laporan kedua beliau kepada SPRM berkaitan kes berkenaan. Huan membuat laporan pertama di SPRM untuk kes yang sama pada 21 Julai lepas.

Pada 17 Julai lepas, Huan membuat laporan polis di Pulau Pinang dan meminta supaya disiasat dakwaan berhubung kerajaan Pulau Pinang telah menganugerahkan projek kepada sebuah syarikat yang mempunyai modal di bawah paras ditetapkan ketika membida projek terowong dasar laut itu.

Projek terowong dasar laut sepanjang 7.2 kilometer yang menghubungkan Persiaran Gurney ke Bagan Ajam di Seberang Perai dan tiga jalan utama itu dianugerahkan kepada Konsortium Zenith BUCG Sdn Bhd, yang terdiri daripada beberapa syarikat.

Sebelum ini, projek itu mencetuskan pelbagai kontroversi antaranya berhubung kos kajian kebolehlaksanaan yang terlalu tinggi selain kaedah pembayaran melibatkan pertukaran tanah kerajaan negeri serta pelaksanaannya dibantah penduduk negeri yang bimbang dengan impak ekonomi, sosial dan alam sekitar. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Azam Bakiprojek terowong dasar lautSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

01/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan beliau telah menerima notis daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd