• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Militan IS Godam Akaun Twitter Tentera AS

oleh Ahmad Albab
14/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON – Akaun Twitter dan YouTube pusat perintah tentera Amerika Syarikat (CENTCOM) yang mengendalikan operasi seberang laut di Asia Barat digodam oleh beberapa individu yang mendakwa simpati dengan kumpulan militan Islamic State (IS).

IS sebelum ini menjadi sasaran pengeboman Amerika Syarikat (AS).

“Askar-askar AS, kami datang, waspadalah, IS,” menurut kumpulan penggodam tersebut di laman Twitter CENTCOM. Sehingga kini, kumpulan militan tersebut telah menguasai beberapa kawasan di Syria dan Iraq.

Akaun Twitter berkenaan turut menyiarkan satu senarai jeneral AS dan alamat mereka dengan tajuk “Army General Officer Public Roster (by rank) 2 January 2014.”

Pencerobohan siber itu disahkan oleh beberapa pegawai AS. Mereka berkata, insiden yang mana akaun-akaun tersebut ‘terjejas’ selama sekitar 30 minit adalah memalukan tetapi tidak mendatangkan kesan besar.

Pada masa yang sama, Biro Siasatan Pusat (FBI) menyatakan, pihaknya masih menyiasat insiden itu.

Sementara itu, jurucakap Pentagon, Kolonel Steve Warren menegaskan bahawa Jabatan Pertahanan memandang pencerobohan tersebut sebagai satu jenaka atau tidak lebih daripada perbuatan vandalisme.

“Ia menyusahkan, ia juga menjengkelkan tetapi tiada sebarang maklumat sensitif atau sulit tertera terjejas akibat serangan siber ini,” kata Warren dalam satu taklimat akhbar. – Reuters

Tags: Amerika SyarikatIS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Personaliti Media Sosial AS Sneako Teruja Dapat Bertemu Tunku Mahkota Ismail

Personaliti Media Sosial AS Sneako Teruja Dapat Bertemu Tunku Mahkota Ismail

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menerima mengadap personaliti media sosial dari Amerika Syarikat (AS), Sneako...

Malaysia Bantah AS Sekat Selat Hormuz, Jangan Jadikan Negara Lain ‘Tebusan’

Malaysia Bantah AS Sekat Selat Hormuz, Jangan Jadikan Negara Lain ‘Tebusan’

14/04/2026
0

REMBAU – Malaysia menggesa Amerika Syarikat (AS) supaya mempertimbang semula tindakan menyekat Selat Hormuz yang dilihat berpotensi menggugat bekalan tenaga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd