• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Punca Kematian Ahnaf Hanafi Masih Belum Diketahui

oleh Ahmad Albab
11/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Punca kematian kanak-kanak berusia setahun sebulan, Ahnaf Hanafi Mohd Haniff selepas dihantar ke rumah pengasuhnya semalam, masih belum diketahui.

Bapanya Mohd Haniff Selaman@Sulaiman, 28, berkata laporan bedah siasat yang dilakukan di Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini malam tadi, sekadar menyatakan punca kematian sebagai ‘masih dalam siasatan’.

“Bagaimanapun doktor ada mengambil sampel darah anak saya untuk dihantar ke Jabatan Kimia dan saya difahamkan keputusan boleh diketahui dalam tempoh dua bulan,” katanya.

Mohd Haniff berkata demikian kepada pemberita semasa ditemui selepas selesai urusan pengebumian anaknya di Tanah Perkuburan Islam Bukit Ubi di sini, hari ini.

Beliau memberitahu jenazah anak tunggalnya dibawa pulang dari HTAA sekitar pukul 9 malam tadi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohamad Noor Yusof Ali berkata setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Ahnaf Hanafi disahkan meninggal dunia di sebuah klinik swasta di Indera Mahkota 5 di sini, sekitar pukul 2.30 petang semalam, beberapa jam selepas dihantar ke rumah pengasuhnya di Indera Mahkota 15.

Kanak-kanak itu dihantar sekitar pukul 8.10 pagi oleh kedua-dua ibu bapanya dalam keadaan baik, sebelum ibunya Rushidah Abdullah, 30, menerima panggilan daripada pengasuh memaklumkan Ahnaf Hanafi tidak sedarkan diri dalam keadaan mata terbeliak. – BERNAMA

Tags: kanak-kanakmaut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Petronas Sahkan Tiga Pekerja Maut Dalam Insiden di FSO Sepat

Petronas Sahkan Tiga Pekerja Maut Dalam Insiden di FSO Sepat

25/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Petronas mengesahkan satu insiden berlaku ketika kerja-kerja penyelenggaraan bot penyelamat di Kemudahan Penyimpanan dan Pemindahan Terapung (FSO)...

Bahana Jalan Berlubang  – Anggota Trafik Maut

Bahana Jalan Berlubang – Anggota Trafik Maut

06/03/2026
0

KUALA BERANG – Seorang anggota trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu maut selepas motosikal yang dinaikinya terbabas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd