• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gimik Pistol Ganti Keris, Pengantin Ini Disoal Polis

oleh
11/01/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKAN pelik jika pengantin lelaki berbaju Melayu songket lengkap bertanjak, ditambah rantai dan keris, namun bagaimana pula jika raja sehari itu selit aksesori lain di pinggang bagi ganti keris.

Namun pada sebuah majlis persandinan yang berlangsung di Dewan Japerun Duyong, Melaka pada Ahad lalu, tetamu gempar dengan pengantin lelaki tampil membawa sepucuk pistol dan bukan senjata tradisional lazim itu.

Beberapa gambar eksklusif pasangan pengantin itu berpakaian serba kuning telah tular menerusi media sosial tempatan pada Isnin yang jelas menampakkan senjata api berwarna hitam ada diselitkan pada samping.

“Dah macam mafia pula,” komen seorang netizen yang turut menggambarkan penggunaan pistol sebagai aksesori pengantin berkenaan tidak ubah seperti watak antagonis dalam mana-mana filem aksi jenayah gengster.

Malah pengantin lelaki itu, Muhammad Saiful Ikhsan Muzafar, 25, mengaku dia merancang kira-kira dua minggu lebih awal untuk menggunakan pistol tersebut bagi menggantikan keris pada majlis perkahwinannya baru-baru ini.

Penyelia kilang di Rawang, Selangor itu menjelaskan bahawa dia mahu tampil kelainan pada hari bersejarah dirinya bersama-sama isteri. Namun ia sekadar pistol permainan berharga RM45 dijual menerusi laman beli-belah online.

“Saya tahu adalah satu kesalahan kalau memiliki senjata api walaupun permainan yang menyerupai senjata asli, jadi saya potong pistol airsoft gun berkenaan dan pakai bahagian pemegang sahaja, jadi nampak macam olok-olok.

“Tak nafi ramai tanya sama ada ia asli dan saya kata pistol ini hanya gimik untuk nampak unik. Lagipun sepanjang majlis, pemegang ini hanya terselit di samping, kalau keluar pun bukan nampak pistol,” katanya kepada mStar.

Mengenai komen netizen bahawa pemakaian ‘pistol’ tidak mengikut adat, Muhammad Saiful tidak lihat ia menyalahi agama. “Saya tukar sikit sahaja daripada adat ini. Saya hendak ketengah supaya ia tidak nampak begitu ortodoks.

“Sebelum ini terdapat cadangan untuk memakai kot bagi menggantikan baju Melayu, tetapi keluarga dan saudara-mara tolak mentah-mentah,” kata Muhammad Saiful yang berasal dari Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor.

Malah idea itu bukan ambil inspirasi mana-mana filem aksi kerana dia lebih minat filem perlumbaan. “Idea ini pun secara tidak langsung masa saya buat carian barangan elektrik di laman web dan kemudian nampak permainan ini.”

Bagaimanapun, Muhammad Saiful berkata, dia memohon maaf kepada orang ramai jika keliru dengan penggunaan ‘pistol’ itu kerana dalam kesempurnaan majlis perkahwinan tersebut mungkin ada perkara yang terlepas pandang.

Majlis resepsi sebelah keluarganya berlangsung di Semabok, Melaka selepas selamat bernikah dengan Nur Wahida Norbani, 23, pada 1 Disember 2017. Muhammad Saiful semalam difahamkan memberi keterangan pada pihak polis.

Ia berlangsung di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah. Beliau juga memberi keterangan kepada pihak IPD Gombak malam kelmarin dan memberikan gambar contoh pistol berkenaan kepada polis dari Bukit Aman.

“Keluarga, kawan-kawan ada juga sindir selepas apa berlaku dan isteri pun reda saja selepas saya buat gimik itu. Ini akan jadi kenangan sehingga ke anak cucu dan saya akan pesan mereka supaya jangan buat macam ini!” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Me­laka, Asisten Komisioner Mohd. Nor Yhazid berkata, perbuatan pengantin tersebut menjadi ke­salahan di bawah seksyen 36 (1) Akta Senjata 1960 kerana memiliki pistol tiruan.

Katanya, jika disabitkan kesalahan di mahkamah, mana-mana individu itu boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih setahun atau denda maksimum RM5,000 atau pun kedua-duanya sekali. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

*Video bawah sekadar hiasan…

Tags: pengantinPistol
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Laporan Penemuan Pistol Dibuat Selepas Terima Panggilan D9 – Saksi

Laporan Penemuan Pistol Dibuat Selepas Terima Panggilan D9 – Saksi

06/10/2025
0

Kuala Selangor: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini diberitahu seorang saksi bahawa beliau telah menerima panggilan telefon mengenai penemuan objek...

Bukan Setakat Jumpa Lebih 147kg Ganja, Polis Turut Temukan Pistol Pada Ahli Sindiket Edar Dadah

Bukan Setakat Jumpa Lebih 147kg Ganja, Polis Turut Temukan Pistol Pada Ahli Sindiket Edar Dadah

18/03/2025
0

Kepala Batas: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman menumpaskan sindiket penyeludupan dan pengedaran ganja di utara Semenanjung selepas merampas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd