• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Projek Taman Tasik Bandar Tenggara Siap 60 Peratus

oleh Ahmad Albab
10/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA TINGGI – Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Halimah Mohamed Sadique yakin projek Ujana Taman Tasik Bandar Tenggara di sini akan dapat disiapkan mengikut jadual, pada Mei depan.

Katanya keyakinan itu berdasarkan perkembangan projek di kawasan seluas 9.87hektar dan membabitkan kos RM9 juta itu kini sudah 60 peratus siap.

Menurut beliau, kerja-kerja kini tertumpu kepada pembinaan bangunan kedai, astaka, jambatan, plaza dan pelbagai aspek lagi yang turut dirancang dalam projek taman berkenaan.

“Projek ini adalah untuk memberi nilai tambah kepada kemudahan insfrastruktur di Bandar Tenggara dan kawasan sekitarnya, selain menjadi tarikan baharu kepada penduduk setempat.

Bagaimanapun, kita berharap apabila siap, orang ramai dapat menjaganya sebaik mungkin tanpa ada sebarang kesan vandalisme,” kata Halimah pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke tapak projek itu di sini, semalam.

Turut hadir Timbalan Speaker Dewan Negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panti, Datuk Baderi Dasuki dan Ketua Pengarah Jabatan Landskap Negara (JLN), Esa Ahmad. – BERNAMA

Tags: Datuk Halimah Mohamed Sadique
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Bukan Tsunami Melayu Tapi Tsunami Biru Melanda

03/05/2018
0

KOTA TINGGI - Sokongan masyarakat Melayu terhadap Barisan Nasional (BN) di daerah ini sangat padu dan kuat sekali gus menafikan...

RM11 Juta Naik Taraf 17 Kawasan Flat Terengganu

20/02/2018
0

KUALA TERENGGANU - Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan meluluskan peruntukan RM11 juta menerusi Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia (TP1M) bagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd