• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Lahad Datu Rekod Penurunan Jenayah Indeks

oleh Ahmad Albab
10/01/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LAHAD DATU – Polis Lahad Datu merekodkan penurunan jumlah kes jenayah indeks kepada 326 kes pada tahun lepas berbanding 346 kes tahun sebelumnya.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Hamzah Ahmad berkata ini sekali gus telah mencapai petunjuk pretasi utama (KPI) yang ditetapkan Bukit Aman iaitu penurunan lima peratus setiap tahun dapat dikekalkan bagi tempoh lima tahun berturut-turut.

“Daripada 326 kes melibatkan 82 kes pecah rumah, 36 kes curi motosikal, 29 kes mendatangkan kecederaan, 17 kes samun, 111 kes lain-lain curi serta dua kes bunuh itu, sebanyak 205 kes berjaya diselesaikan,” katanya ketika berucap pada perhimpunan bulanan IPD Lahad Datu di sini.

Dalam pada itu, katanya pada tahun lepas 137 kes bagi bekalan dan pengedaran dadah turut dicatatkan dengan 162 individu ditahan.

“Selain itu, sebanyak 1,076 kes direkodkan ekoran memiliki dadah dan 885 penagih turut ditahan.

“Dua puluh satu kes pula melibatkan Seksyen 39B yang membawa hukuman gantung sampai mati turut direkodkan sepanjang tahun lepas dengan 28 individu ditahan,” katanya lagi.

Sementara itu, Hamzah mengingatkan agar semua pegawai dan anggota polis sentiasa mengemas kini pengetahuan dalam bidang masing-masing serta menggunakan Internet dan media sosial secara berhemah.

“Perkongsian secara semberono polis dalam media sosial boleh mengundang masalah sekali gus mengeruhkan lagi keadaan untuk menyelesaikan sesuatu perkara,” katanya.

Menurutnya, terdapat dalam kalangan polis juga yang suka berkongsi tanpa menyelidik kebenaran sesuatu maklumat itu yang secara langsung menjadi ejen fitnah jika berkongsi maklumat tidak sahih. – BERNAMA

Tags: Jenayah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelaku Memang Ada ‘Niat’

Pelaku Memang Ada ‘Niat’

31/12/2023
0

Kuala Lumpur : Masyarakat Malaysia sering digambarkan sebagai masyarakat beradab, kaya dengan budi bahasa, bertimbang rasa dan berpekerti mulia. IKUTI...

Dua Lelaki Bergaduh Pegang Gergaji, Parang

17/11/2021
0

JAWA: Seorang anggota polis terpaksa melepaskan tembakan di udara bagi menghentikan perbalahan melibatkan dua penduduk di Jalan By Pass Ir...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd