• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Terowong Dasar Laut: ‘Datuk’ Direman 6 Hari

oleh Ahmad Albab
11/01/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini mengeluarkan perintah reman enam hari terhadap seorang pengarah eksekutif kanan syarikat Consortium Zenith Construction Sdn. Bhd. bergelar Datuk bagi membantu siasatan projek pembinaan terowong dasar laut di Pulau Pinang.

Majistret Fatina Amyra Abdul Jalil membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mendapatkan perintah reman ke atas lelaki berumur 59 tahun itu bermula hari ini sehingga 15 Januari.

Terdahulu, lelaki itu tiba di mahkamah pada kira-kira 9.50 pagi dengan memakai pakaian lokap SPRM berwarna jingga dan tangan bergari.

Menurut sumber SPRM, lelaki itu ditahan pada kira-kira 8.45 malam semalam di ibu pejabat SPRM Putrajaya ketika hadir memberi keterangan berhubung kes itu.

Penahanan lelaki itu adalah susulan serbuan SPRM semalam di beberapa pejabat kerajaan negeri di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), Pulau Pinang dan beberapa syarikat berhubung siasatan projek pembinaan terowong dasar laut tersebut.

SPRM dilaporkan menyerbu pejabat Jabatan Kerja Raya di Sungai Pinang, pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, pejabat Tanah dan Galian serta Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta di Komtar.

Selain itu, Syarikat Ewein-Zenith, 555 Capital Diamond Valley Industrial Park dan Consortium Zenith Construction turut diserbu.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi Bernama semalam berkata serbuan itu susulan aduan Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan.

Pada 5 Januari lepas, Huan membuat laporan dan menyerahkan bukti baharu berhubung projek terowong dasar laut bernilai RM15 bilion itu kepada SPRM di Putrajaya bagi menyiasat sama ada wujud unsur salah laku atau rasuah dalam pembidaan projek itu.

Projek terowong dasar laut sepanjang 7.2 kilometer yang menghubungkan Persiaran Gurney ke Bagan Ajam di Seberang Perai dan tiga jalan utama itu dianugerahkan kepada Consortium Zenith Construction Sdn. Bhd., yang terdiri daripada beberapa syarikat.

Sebelum ini, projek itu mencetuskan pelbagai kontroversi antaranya berhubung kos kajian kebolehlaksanaan yang terlalu tinggi selain kaedah pembayaran melibatkan pertukaran tanah kerajaan negeri serta pelaksanaannya dibantah penduduk negeri yang bimbang dengan impak ekonomi, sosial dan alam sekitar. – BERNAMA

Tags: terowong
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

6 Maut Dalam Kemalangan, Kebakaran Dalam Terowong Di Korea Selatan

6 Maut Dalam Kemalangan, Kebakaran Dalam Terowong Di Korea Selatan

29/12/2022
0

SEOUL: Sekurang-kurangnya enam mangsa terbunuh selepas sebuah bas dan trak terbabit dalam kemalangan yang mengakibatkan kebakaran di sebuah terowong lebuh...

Jutawan Bina Terowong Kerana Takut Pyongyang

05/06/2018
0

MARYLAND - Seorang jutawan Amerika Syarikat (AS) bakal dihadapkan di mahkamah Jumaat ini atas dakwaan membunuh seorang lelaki yang diupah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd