• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Skandal Terowong Dasar Laut: SPRM Serbu Komtar

oleh
09/01/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu beberapa pejabat di Kompleks Tun Abdu Razak (Komtar), yang ada kaitan dengan skandal projek terowong dasar laut.

Turut diserbu dalam operasi bersepadu agensi antirasuah tersebut bermula sekitar jam 9 pagi Selasa itu adalah beberapa buah syarikat berkaitan projek mega kontroversi tersebut yang beroperasi di sekitar Pulau Pinang.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki, berkata serbuan itu dibuat bagi bantu siasatan kes berkaitan projek yang akan menghubungkan Persiaran Gurney, di sini ke Bagan Ajam di Seberang Perai Utara.

Beliau ketika dihubungi Berita Harian berkata, pihak SPRM akan meneliti segala dokumen yang dirampas dalam serbuan tersebut sepanjang hari ini bagi memastikan proses siasatan lebih menyeluruh dapat dijalankan.

“Kita perlu mengambil terlebih dahulu semua dokumen yang berkaitan dengan projek ini untuk dapat meneruskan siasatan lebih terperinci serta untuk kaji setiap isu berbangkit mengenai projek terowong dasar laut tersebut.

“Serbuan ini dibuat berdasarkan kepada penemuan bukti baharu berkaitan projek pembinaan terowong dasar laut yang dikemukakan kepada pihak SPRM,” katanya ketika dihubungi akhbar berkenaan, sebentar tadi.

Difahamkan, SPRM menyerbu pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Tanah dan Galian serta Jabatan Penilaian negeri di Komtar selain Jabatan Kerja Raya (JKR) Pulau Pinang di Jalan Sungai Pinang, di sini.

Di samping itu, pejabat syarikat pemaju projek berkenaan iaitu Ewin-Zenith Sdn. Bhd., 555 Capital Sdn. Bhd. dan Konsortium Zenith di sekitar negeri tersebut turut diserbu pihak SPRM.

Pada Sabtu lalu, Parti Cinta Malaysia (PCM) membuat laporan kedua dan mengemukakan beberapa lagi bukti baharu kepada SPRM berhubung projek terowong dasar laut yang dirangka kerajaan DAP Pulau Pinang.

Projek sepanjang 7.2 kilometer, yang menghubungkan Persiaran Gurney ke Bagan Ajam di Seberang Perai dan tiga jalan utama itu dianugerahkan kepada Konsortium Zenith BUCG Sdn. Bhd., yang terdiri daripada beberapa syarikat.

Sebelum ini, projek sensasi tersebut mencetuskan pelbagai kontroversi, termasuk kos kajian kebolehlaksanaannya yang terlalu tinggi, selain kaedah pembayaran membabitkan pertukaran dengan tanah kerajaan negeri sendiri.

Pelaksanaannya juga dibantah keras penduduk dan badan bukan kerajaan yang bimbang dengan impak ekonomi, sosial dan alam sekitar. Kerajaan Pulau Pinang pernah mengakui gagal menyerahkan laporan kajian tahun lalu.

Ia sepatutnya diserahkan pihak Kementerian Kerja Raya di ibu negara tetapi kerajaan negeri dikuasai DAP memberi alasan konon jangkaan pelaksanaan projek terbabit masih lambat, iaitu pada 2023. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: KomtarSPRMterowong dasar laut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

01/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan beliau telah menerima notis daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd