• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Honda Malaysia Cipta Sejarah Rekod Jualan Tertinggi

oleh AK-47
09/01/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Honda Malaysia Sdn. Bhd. (Honda Malaysia) mencipta sejarah apabila mencatatkan jualan tertinggi kenderaan berjenama import itu di Malaysia pada tahun lalu iaitu sebanyak 109,511 unit.

Honda Malaysia dalam satu kenyataan media berkata, statistik jualan tertinggi yang pernah dicipta syarikat itu sekali gus memberi keputusan tahunan yang cemerlang buat Honda Malaysia bagi tahun 2017.

“Syarikat merekodkan jualan 109,511 unit iaitu yang tertinggi dalam sejarah Honda Malaysia sejak ia diwujudkan pada tahun 2003.

“Ini juga merupakan kali pertama Honda Malaysia mencapai jualan lebih 100,000 unit. Angka jualan ini juga yang tertinggi jenama import pernah dicapai di Malaysia,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, wilayah tengah Malaysia menyumbangkan peratusan tertinggi jualan pada kadar 47 peratus diikuti oleh rantau Selatan dan rantau Utara.

Jelas Honda Malaysia, jualan keseluruhan kenderaan berjenama import itu bagi tahun 2017 meningkat sebanyak 19 peratus berbanding 91,830 unit yang dicatatkan pada tahun 2016.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Toichi Ishiyama berkata, syarikat itu berterima kasih kepada seluruh pelanggannya kerana yakin dengan jenama Honda.

“Pencapaian ini tidak mungkin dilakukan tanpa pelanggan kami serta sokongan kuat rakan perniagaan kami dan kerajaan Malaysia,” katanya.

Statistik jualan Honda Malaysia itu menimbulkan tanda tanya tentang kesahihan dakwaan pembangkang iaitu rakyat Malaysia sedang hidup melarat dan `tak cukup makan’. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Honda Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Kereta CKD Diramal Naik

23/02/2020
0

SHAH ALAM - Beberapa penjual kereta meramalkan harga kenderaan pemasangan tempatan (CKD) meningkat susulan pengumuman Honda Malaysia yang menaikkan harga...

Honda Malaysia Catat Pendaftaran Kereta Tertinggi Pada Julai

24/08/2018
0

KUALA LUMPUR – Honda Malaysia merekodkan pendaftaran tertinggi kereta jenama itu pada Julai, dengan sebanyak 12,808 unit dijual. Dalam kenyataan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd