• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pakar Ini Marah Malaysia Gelar Israel Negara Haram

oleh
10/01/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BIADAB… Satu forum di Kuala Lumpur baru-baru ini gempar apabila seorang ahli panelnya berang tindakan kurang ajar Malaysia terutama pemimpinnya menggelarkan Israel sebagai ‘negara haram’.

Pensyarah akademik Australia itu dengan angkuh mendakwa konon Israel bukanlah sebuah ‘negara haram’ seperti yang sering disebut-sebut warga Malaysia dan media arus perdana pro-BN apabila merujuk negara Zionis tersebut.

Clive Kessler ketika memberikan komen dalam forum bertajuk “Islam In Global Politics: A Civilizational Crisis di sebuah hotel turut mengejutkan hadirin apabila lantang mempersoalkan penggunaan terma ‘negara haram’ Israel.

Konotasi negatif itu sering diguna pakai di Malaysia apabila bercakap tentang Israel yang pada hematnya ialah sebuah negara sah telah mendapat mandat Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dan kewujudannya harus dihormati.

“Israel sering digunakan terma di sini, sebagai ‘negara haram’. Kita harus pula bertanya, ‘negara haram’ dalam erti kata apa ia adalah haram? Dilarang untuk diduduki? Tidak sah di sisi undang-undang? Tidak bermoral?”

Kessler juga berpandangan bahawa suka atau tidak, rejim Yahudi tersebut wujud dengan mandat PBB pada 1940-an dan ia harus diterima kesemua negara ahli badan dunia berkenaan yang diwujudkan selepas Perang Dunia Kedua.

“Suka atau tidak, hakikatnya negara itu telah terhasil daripada keputusan yang dibuat oleh PBB dan negara ahli. ‘Orde Dunia’ tersebut harus diterima pakai ahli-ahli PBB, seperti Malaysia,” kata beliau dengan nada sombong.

Pensyarah daripada University of New South Wales tersebut meluahkan kekesalan mengenai isu perkataan ‘negara haram’ Israel dalam forum anjuran badan liberal Islamic Renaissance Front (IRF) dipengerusikan Farouk Musa.

Untuk rekod, Farouk yang juga Pengarah IRF masih menghadapi tuduhan ‘bersubahat dalam jenayah’ di bawah Seksyen 43 Akta Kesalahan Syariah 1997, yang masih di bawah siasatan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Malaysia ketika ini tiada hubungan diplomatik dengan Israel sejak merdeka daripada penjajahan British pada 1957 sebagai tanda sokongan terhadap perjuangan umat Islam Palestin yang teruk ditindas rejim Zionis itu sejak 1948.

Bagaimanapun sebuah parti pembangkang di negara ini pernah dilaporkan berjaya menerima dana rahsia daripada pihak rejim Yahudi itu untuk misi menumbangkan kerajaan Malaysia pada pilihan raya umum yang akan datang.

Malahan, parti berkenaan diketahui pernah berhasrat mahu membuka Kedutaan Israel di Kuala Lumpur jika berjaya menguasai pemerintahaan negara, sekali gus mengiktiraf hak kedaulatan Zionis. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Israelnegara haram
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Infrastruktur Telekom Israel Didakwa Diguna Untuk Intip Pengguna Di Lebih 10 Negara Termasuk Malaysia

Infrastruktur Telekom Israel Didakwa Diguna Untuk Intip Pengguna Di Lebih 10 Negara Termasuk Malaysia

05/05/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Satu pendedahan mengejutkan mendakwa infrastruktur telekomunikasi milik Israel telah digunakan secara meluas untuk tujuan pengawasan...

Trump Isytihar Konflik AS–Iran Tamat, Didakwa Elak Kelulusan Kongres

Trump Isytihar Konflik AS–Iran Tamat, Didakwa Elak Kelulusan Kongres

02/05/2026
0

Oleh Mynewshub WASHINGTON: Pentadbiran Donald Trump dilaporkan secara rasmi memaklumkan kepada Kongres bahawa konflik ketenteraan antara Amerika Syarikat dan Iran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd