• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pinjam Buku Secara Digital Daripada Perpustakaan Negara

oleh AK-47
13/01/2015
dalam Gajet, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Perpustakaan Negara Malaysia mungkin sudah sedia popular dan diketahui umum bagi mendapatkan buku-bulu fizikal untuk rujukan dan pinjaman dalam tempoh yang ditetapkan.

Namun tahukah anda bahawa mereka juga turut menyediakan kemudahan kepada pengguna untuk meminjam buku secara digital?

Dengan perkembangan arena digital, pihak Perpustakaan Negara Malaysia dilihat menyediakan kemudahan pinjaman buku secara digital kepada pengguna daripada koleksi yang disediakan oleh mereka.

pnm

Untuk membuat pinjaman secara digital daripada Perpustakaan Negara Malaysia, pengguna hanya perlu ke laman rasmi PNM, dan seterusnya mendaftar akaun percuma.

Sebaik sahaja selesai mendaftar, anda akan diminta untuk mengaktifkan akaun menggunakan emel, dan seterusnya sudah boleh mengakses koleksi buku yang disediakan oleh pihak Perpustakaan Negara Malaysia.

Pihak PNM menawarkan kemudahan untuk pengguna pinjam sesuatu buku selama 7 hari secara digital di mana ia akan ditambah ke akaun anda untuk diakses, dan selepas tujuh hari ia akan dipadam.

Seperti biasa, anda masih boleh pinjam ia semula untuk meneruskan bacaan anda.

Untuk memudahkan proses membaca, pihak PNM menyediakan aplikasi untuk iPad dan juga Android, selain turut menawarkan kemudahan untuk membaca secara online.

Buat masa ini, penawaran buku digital melalui PNM masih terhad, tetapi ia mungkin ditambah dari hari ke hari, apatah lagi dengan perkembangan sihat dalam arena penerbitan digital dari hari ke hari.-MYNEWSHUB.CC

Lawati: Perpustakaan Negara Malaysia

Oleh: hzqahmd

Tags: bukuperpustakaan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita DAP Bantah Pengharaman Buku Tentang Tokoh Parti Komunis Malaya

Wanita DAP Bantah Pengharaman Buku Tentang Tokoh Parti Komunis Malaya

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Wanita DAP Selangor mempersoalkan pengharaman dua buah buku berkisar tentang perjuangan tokoh Parti Komunis Malaya (PKM) yang...

Tiada Elemen Negatif, Sensitif Dalam Buku Tentang Shamsiah Fakeh – Aminuddin

Tiada Elemen Negatif, Sensitif Dalam Buku Tentang Shamsiah Fakeh – Aminuddin

17/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Gabungan Nasionalis, Aminuddin Yahaya mendakwa tiada elemen negatif dan sensitif dalam dua buah buka yang mengisahkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd