• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SESB Tak Akan Ditutup, Kata Timbalan KM Sabah

oleh AK-47
09/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Kerajaan Sabah memberi jaminan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) tidak akan ditutup meskipun berdepan masalah, kata Timbalan Ketua Menteri, Datuk Raymond Tan Shu Kiah.

Mengulas mengenai isu yang syarikat kuasa itu sedang diambang muflis, beliau berkata kerajaan akan melaksanakan haknya untuk memastikan SESB akan terus menjadi penyedia utama elektrik di negeri ini.

“TNB berkata kerajaan negeri perlu meningkatkan pemegangan sahamnya dalam SESB dan kami telah mengadakan perbincangan berhubung perkara ini.

“Jadi, kami membuat tawaran menerusi KKIP Power Sdn Bhd minggu lepas dan kami belum lagi menerima jawapan daripada TNB (Tenaga Nasional Bhd),” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan permeterian perjanjian antara Cement Industries (Sabah) Sdn Bhd dan Ecooils Sdn Bhd, di sini, hari ini.

SESB merupakan anak syarikat yang dimiliki 80 peratus oleh TNB dan 20 peratus oleh kerajaan negeri Sabah.

Tan berkata kerajaan negeri memberi jaminan kerana orang ramai apabila KKIP Power, penyedia kuasa berlesen, membeli 10 peratus saham dalam SESB, masalah gangguan kuasa akan berkurangan.

Beliau berkata KKIP mempunyai aset bernilai kira-kira RM200 juta di Taman Perindustrian Kota Kinabalu yang memiliki Indeks Tempoh Gangguan Purata Sistem di bawah 100.

Pada 26 Dis, 2017, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili mengumumkan kadar tarif sedia ada bagi Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan akan dikekalkan bagi tempoh Januari-Jun 2018.

Beliau berkata ini disebabkan Sistem Peraturan Berasaskan Insentif, mekanisme yang menentukan tarif elektrik diguna pakai bagi semenanjung dalam tempoh tiga tahun lepas, belum lagi dilaksanakan. – BERNAMA

Tags: Datuk Raymond Tan Shu Kiah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sandakan Bakal Ada UTC Sendiri, Ke-4 Di Sabah

25/01/2018
0

SANDAKAN - Sebuah Pusat Transformasi Bandar (UTC) akan didirikan di daerah ini, menjadikannya UTC keempat di negeri ini. Timbalan Ketua...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd