• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

300 Artis Terpaksa Pinjam Ah Long Akibat Tiada Kerja

oleh
09/01/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PADAH…. Lebih kurang 300 orang seniman di negara ini dilaporkan terjebak dengan pinjaman secara haram atau juga disebut Ah Long akibat kekurangan tawaran kerja sepanjang tahun lalu.

Menurut portal The Malay Mail Online, Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi mendedahkan hanya 20 peratus daripada golongan seniman tempatan yang berjaya mendapat tawaran pekerjaan tetap ketika ini.

Bagaimanapun selebihnya berada dalam keadaan kerja yang tidak menentu termasuk kontrak jangka pendek atau separuh masa mengakibatkan mereka terpaksa meminjam duit tunai dengan pihak peminjam wang tanpa permit.

“Apa yang membimbangkan adalah Ah Long tersebut akan menyimpan kad mesin tunai automatik (ATM) mereka. Terdapat satu kes di mana maklumat peribadi seniman terbabit kemudian disalahgunakan oleh Ah Long.”

Tambah Zed Zaidi atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil, Seniman gusar kemungkinan data peribadi dan akaun bank tersebut akan digunakan pula untuk menjalankan aktiviti haram seperti perjudian atas talian.

“Kami bimbang satu hari nanti, akan ada seniman yang dituduh terlibat dengan pengubahan wang haram. Justeru, Seniman berusaha menawarkan kepada seniman terbabit untuk mencari peluang kerja tertentu,” katanya.

Berdasarkan laporan yang diterima ujar Zed, ada kalangan mereka terpaksa meminjam antara RM5,000 sehingga RM10,000 daripada Ah Long bagi menyara keluarga dan meneruskan hidup selepas tiada sebarang pekerjaan tetap.

Seniman ditubuhkan sejak 1974 sebagai sebuah badan bukan kerajaan tertua tempatan yang memperjuangkan nasib penggiat seni tanah air, ketika ini hanya mempunyai keahlian kira-kira 5,000 orang. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

* Video bawah sekadar hiasan…

Tags: Ah LongPersatuan Seniman MalaysiaZed Zaidi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Lelaki Didenda RM3,000 Bantu Ah Long Pasang Iklan Pinjaman

Dua Lelaki Didenda RM3,000 Bantu Ah Long Pasang Iklan Pinjaman

07/09/2023
0

IPOH: Dua lelaki masing-masing didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membantu pemberi pinjaman wang tanpa...

Dah Bayar Tapi Along Dakwa Masih Hutang

Dah Bayar Tapi Along Dakwa Masih Hutang

17/07/2023
0

Kuala Lumpur : Baru hendak menarik nafas lega selepas berjaya menyelesaikan hutang pinjaman dengan Along sebanyak RM51,000 awal tahun ini....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd