• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

John Terry Dedah Perangai Pelik Mourinho

oleh Ahmad Albab
09/01/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BONGKAR… Bintang bola sepak England, John Terry mendedahkan bahawa Jose Mourinho akan berkelakuan pelik dalam keadaan tertentu.

Terry berkata, Mourinho hanya akan diam dan membuatkan dirinya terpinga-pinga apabila dia cedera.

Bekas jurulatih Chelsea itu jarang mengenepikan Terry sepanjang 18 tahun kariernya di Stamford Bridge.

Tetapi dia telah mendedahkan cara motivasi Mourinho yang menarik dalam temubual baru-baru ini.

Pengurus dari Portugal itu mengambil alih Blues pada tahun 2004 dan Terry nampak bersemangat apabila bercakap tentang teknik pengurusan Mourinho.

“Sebagai sekumpulan pemain, bukan hanya saya, dari awal lagi kami semua sedar betapa bagusnya dia,” kata Terry kepada The Coaches’ Voice.

“Dan bukan hanya di padang latihan, tetapi jauh dari sudut lain. Dari segi mental.

“Contohnya, saya beberapa kali cedera, tidak dapat bermain untuk beberapa perlawanan akan datang.

“Jose akan masuk, dia tidak akan bercakap dengan saya di bilik rawatan.

“Dia akan berjalan dan bercakap dengan semua orang dan kemudian keluar dari bilik meninggalkan saya.

“Sebagai kapten kelab, saya berfikir kenapa dia tidak bercakap dengan saya?

“Saya berkata kepada physiotherapist bahawa ‘saya nak berlatih esok, saya tidak boleh mempunyai pengurus yang tidak bercakap dengan saya,” katanya.

Terry dan Mourinho memenangi dua Liga Perdana Inggeris, dua Piala FA dan tiga Piala Liga semasa di Chelsea.

Bekas kapten England itu yang kini bermain di Aston Villa, menganggap bos Manchester United itu tahu bagaimana pemainnya dapat memberikan persembahan terbaik semaksima mungkin.

“Dia tahu apa yang dia lakukan,” kata Terry.

“Dia tahu bagaimana untuk menyedarkan saya, tetapi dia juga tahu bila saya patut diberikan pelukan, bila perlu beritahu saya bahawa saya adalah yang terbaik, bila untuk beritahu akhbar bahawa saya, Frank Lampard, Didier Drogba, Petr Cech, Ashley Cole adalah pemain terbaik di dunia.

“Saya berjanji kepada anda, sebagai pemain, anda akan keluar bermain dengan pemikiran bahawa anda yang terbaik.

“Ia memberi impak kepada persembahan kami dan itu semua kerana Jose.

“Adakah kami yang terbaik di dunia? Mungkin tidak, tetapi dia membuat anda berasa seperti itu.” – dailyStar/mStar Online

Tags: John TerryJose Mourinho
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MU ‘Kosongkan’ Pejabat Mourinho 5 Minit Lepas Dipecat

25/12/2018
0

MANCHESTER United tidak buang masa dalam menghilangkan kenangan Jose Mourinho sebagai pengurus apabila mereka 'membersihkan' pejabatnya dalam tempoh lima minit...

Mourinho Kembali Ke Portugal, Tonton Bola Sepak Bersama Anak

24/12/2018
0

SELEPAS dipecat pada Selasa lalu, Jose Mourinho pulang ke rumah keluarganya dekat Azeitao, Portugal. Dia meluangkan masa menyaksikan perlawanan bola...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd