• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Boling AIK: Shalin Raih Tempat Ketiga Di Sweden

oleh AK-47
08/01/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemain boling veteran negara, Shalin Zulkifli memulakan kempen 2018 dengan meraih tempat ketiga pada edisi ke-38 Kejohanan Boling Antarabangsa AIK di Stockholm, Sweden, lewat Ahad (awal pagi Isnin waktu Malaysia).

Pemain berusia 39 tahun itu yang memenangi satu pingat emas dan satu perak pada Kejohanan Boling Dunia 2017, memberikan tentangan sengit terhadap Bernice Lim dari Singapura dalam aksi final stepladder pertama, sebelum tumpas dengan 220-226 jatuhan pin.

Atlet Singapura itu muncul juara pada kejohanan tersebut.

Shalin meraih hadiah wang tunai 20,000 Krona Sweden (RM9,772) atas pencapaiannya itu.

Bernice menjuarai kejohanan berkenaan selepas menewaskan pilihan utama, Jesper Svensson dari Sweden dengan 240-233 jatuhan pin pada aksi final stepladder kedua pada kejohanan itu yang berlangsung di Bowl-O-Rama, demikian menurut laman sesawang kejohanan; www.aiktournament.se.

Dalam divisyen lelaki, Muhammad Rafiq Ismail muncul pemain terbaik Malaysia apabila melakukan 3,251 jatuhan pin untuk menduduki tempat keempat, manakala seorang lagi wakil negara, Adrian Ang tersingkir pada pusingan awal.

Sejumlah 455 atlet melibatkan 359 pemain lelaki dan 96 wanita dari 20 negara menyertai kejohanan pembukaan musim Jelajah Boling Eropah 2018 itu. – BERNAMA

Tags: Shalin Zulkifli
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Keadaan Lorong Nafikan Pingat Emas Buat Malaysia

25/08/2018
0

PALEMBANG – Masalah yang dihadapi terhadap lorong pada permainan kelima menyebabkan skuad boling negara terlepas peluang meraih pingat emas dalam...

Shalin Terus Menyinar, Malaysia Raih 67 Emas

27/08/2017
0

KUALA LUMPUR - Ikon boling negara Shalin Zulkifli menguasai Masters wanita dengan menghadiahkan emas buat negara, dalam pertarungan yang penuh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd