• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penjual Ikan Mati Dibunuh Gara-Gara Cinta

oleh AK-47
09/01/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SLIM RIVER – Seorang penjual ikan di Pasar Slim River mati dibunuh teman lelaki kakaknya di hadapan sebuah rumah di Taman Slim Permai di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 pagi itu, mangsa Rosli Zulkharnain Kamaruddin, 30, meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Slim River akibat kecederaan parah selepas ditikam dengan pisau pada bahagian perut.

Ketua Polis Daerah Muallim, Supt. Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata suspek lelaki yang berumur 47 tahun turut cedera selepas dibelasah oleh abang mangsa.

“Abang mangsa yang berusia 38 tahun itu kini ditahan kerana mencederakan suspek termasuk menghentak belakang kepalanya di atas jalan raya.

“Suspek yang merupakan jiran mangsa menjalin hubungan cinta dengan kakak mangsa berumur 35 tahun selain tidak menolak kemungkinan kejadian itu mempunyai kaitan dengan masalah keluarga,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata polis telah merampas dua unit telefon bimbit dan sebilah pisau yang dipercayai digunakan dalam insiden tersebut di tempat kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – BERNAMA

Tags: Dibunuh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Kesan Lelaki Rakam Video Wanita Dalam Tandas

Bayi Enam Bulan Mati Dibunuh, Bapa Ditahan

17/04/2024
0

KAJANG - Laporan polis daripada seorang bapa mengenai kematian bayinya berusia enam bulan akibat kemalangan tidak benar apabila bedah siasat...

Zayn Rayyan Dibunuh

Zayn Rayyan Dibunuh

07/12/2023
0

Sungai Buloh: Kanak-kanak lelaki autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, yang ditemui meninggal dunia malam tadi di saliran air kira-kira...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd