• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malakoff-Meccanica Bangun Projek Tenaga Baharu

oleh AK-47
08/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malakoff Corporation Bhd menjalin kerjasama dengan Touch Meccanica Sdn Bhd untuk membangunkan bersama projek tenaga boleh baharu di Pahang dengan kos pembangunan bernilai RM1.3 bilion.

Ketua Pegawai Eksekutif Malakoff, Datuk Ahmad Fuaad Kenali berkata projek-projek itu, terutamanya fotovoltaik solar berskala besar dan kuasa hidro mini dijangka menjana 150 megawat (MW) tenaga.

“Ia adalah projek bersaiz besar merangkumi tujuh tapak bagi kuasa hidro dan satu bagi bagi ladang solar bersepadu.

“Bagi projek hidro 100MV, kami menganggarkan kos bernilai kira-kira RM1 bilion, dan ladang solar 50MW kira-kira RM300 juta,” katanya kepada pemberita selepas majlis permeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara Malakoff dan Touch Meccanica di sini, hari ini.

Permeteraian itu disaksikan oleh Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Ahmad Fuaad berkata 70 peratus daripada jumlah kos akan dibiayai menerusi pinjaman, dengan baki menerusi dana dalaman.

Di bawah MoU itu , kedua-dua syarikat bersetuju membincangkan kecenderungan eksklusif, perkara-perkara berkaitan dengan projek tenaga. Malakoff juga akan menjalankan kajian kebolehlaksanaan bagi tujuan menentukan daya maju teknikal dan komersial projek-projek itu.

Projek hidro itu dijangka terletak di lima lokasi di Bera, Maran dan Pekan, manakala projek solar di tapak seluas 80.94 hektar di Semuji.

Tapak-tapak sebenar hanya akan dikenal pasti selepas kajian kebolehlaksanaan selesai, katanya sambil menambah pembinaan projek hidro pertama akan mengambil masa kira-kira 14 bulan untuk disiapkan.

Pahang merupakan negeri terbesar dan memiliki sungai terpanjang di Semenanjung Malaysia, menjadikannya menarik bagi pembangunan projek fotovoltaik solar berskala besar dan projek hidro kecil. – BERNAMA

Tags: Datuk Ahmad Fuaad Kenali
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd