• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mangsa Banjir Dipindahkan Di Pahang Berkurangan

oleh Ahmad Albab
08/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Keadaan banjir di Pahang hampir pulih dengan hanya 397 mangsa masih ditempatkan di 10 pusat pemindahan sementara (PPS) pagi ini berbanding 418 orang malam tadi.

Menurut Portal Infobanjir Jabatan Kebajikan Masyarkat (JKM), masih terdapat enam PPS yang dibuka untuk menempatkan 301 mangsa iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Temai (124) serta Balai Raya Kampung Menchupu (65).

“Selain itu mangsa turut ditempatkan di Pusat Pemindahan Banjir Kampung Pulau Manis (48), Balai Raya Kampung Tanjung Pulai (34), SK Acheh (28) dan dua orang di Balai Raya Kampung Tebat,” menurut portal itu.

Di Maran, terdapat 53 mangsa yang ditempatkan di Balai Raya Kampung Baru Pertanian (41 orang) dan SK Pesagi (12).

Di Bera pula, 43 mangsa masih ditempatkan di SK Charuk Putting (24) dan Masjid Kampung Mengkarak (19).

Sementara itu, sebanyak 12 sekolah yang terjejas dengan banjir masih ditutup di dua daerah yang membabitkan 1,922 murid dan guru hari ini.

Pemangku Pengarah Pendidikan Pahang Dr Tajuddin Mohd Yunus berkata di Pekan, sebanyak lapan sekolah ditutup membabitkan 1,568 murid dan guru di Pekan.

“Ia melibatkan Sekolah Kebangsaan (SK) Acheh, SK Kinchir, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Paloh Hinai, SK Mambang, SK Temai, SK Pelak, SK Pulau Manis dan SK Belimbing.

“Di Maranpula, empat sekolah yang terlibat ialah SK Kertau, SK Pesagi, SK Kuala Wau dan SK Serengkam yang membabitkan 354 murid dan guru,” katanya. – BERNAMA

Tags: mangsa banjirPahang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

ATM Junjung Titah Tengku Mahkota Pahang, Perkukuh Penyelarasan Latihan Ketenteraan

ATM Junjung Titah Tengku Mahkota Pahang, Perkukuh Penyelarasan Latihan Ketenteraan

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjunjung kasih atas keprihatinan serta titah Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam...

Tengku Mahkota Pahang Titah ATM Dapatkan Perkenan Sultan Sebelum Latihan Ketenteraan Di Pahang

Tengku Mahkota Pahang Titah ATM Dapatkan Perkenan Sultan Sebelum Latihan Ketenteraan Di Pahang

24/05/2026
0

KUANTAN - Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan kebimbangan terhadap aktiviti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd