• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kementerian Fokus Hasilkan Anak Benih Kelapa

oleh Ahmad Albab
07/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

CHUKAI – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani kini menumpukan pada penghasilan anak benih kelapa bagi memenuhi keperluan negara terhadap komoditi itu yang meningkat setiap tahun.

Menterinya Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata penghasilan anak benih itu akan dilaksanakan menerusi peruntukan Bajet 2018 sebanyak RM6.5 bilion sebagai inisiatif sumber kekayaan baharu industri pertanian negara.

“Negara memerlukan kira-kira 700 juta biji kelapa setiap tahun dan untuk itu negara mengimport kira-kira 100 juta biji kelapa bagi kegunaan harian dan juga pihak industri. Justeri pilihan yang ada adalah dengan menghasilkan sendiri anak benih kelapa meskipun ia mengambil masa yang agak lama kerana prosesnya yang agak rumit dan memerlukan kepakaran,” katanya.

Bagi penghasilan anak benih kelapa, kementerian dan agensi di bawahnya akan menjalin kerjasama dengan pelbagai agensi termasuk Felda dan Felcra, katanya kepada Bernama selepas menyampaikan sumbangan kelengkapan persekolahan oleh Felcra Bhd kepada 416 pelajar Sekolah Kebangsaan Seri Bandi 1 dan 2 dan Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bandi, di Dewan Orang Ramai Seri Bandi, di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Felcra Bhd Zulkarnain Md Eusofe.

Ahmad Shabery berkata penghasilan anak benih kelapa dilakukan memandangkan kementerian tidak mahu bergantung sepenuhnya kepada anak benih import bagi menjaga kualiti dan biokeselamatan tanaman di negara ini.

“Import anak benih ini ada risikonya kerana jika ada rekod penyakit serangga takut ia membahayakan tanaman lain seperti kelapa sedia ada dan kelapa sawit. Ia juga memerlukan masa enam bulan hingga setahun untuk dikuarantin sebelum ia disahkan selamat (untuk penanaman),” katanya.

Sementara itu, Zulkarnain berkata Felcra telah mengenal pasti beberapa kawasan yang berpotensi untuk penanaman kelapa matag iaitu di Sabah dan Pahang serta Terengganu bagi penanaman kelapa dan jagung bijirin.

“Buat permulaan, kita kini dah bangunkan kawasan bagi penghasilan anak benih kelapa pandan di kawasan seluas 200 hektar di Seberang Perak, Perak dan dijangka anak benih itu dapat dihasilkan dalam masa empat hingga lima tahun akan datang,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Ahmad Shabery Cheekkelapa
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

FAMA Import 650 Tan Kelapa Tampung Bekalan Ramadan, Aidilfitri

FAMA Import 650 Tan Kelapa Tampung Bekalan Ramadan, Aidilfitri

01/03/2025
0

PADANG BESAR: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mengimport 650 tan kelapa tua bagi menampung keperluan permintaan menjelang Ramadan dan Aidilfitri...

Polis Rampas 41,000 KG Kelapa Cuba Diseludup Ke Negara Jiran

Polis Rampas 41,000 KG Kelapa Cuba Diseludup Ke Negara Jiran

13/10/2024
0

KOTA BHARU - Polis menumpaskan kegiatan penyeludupan sebanyak 41,000 kilogram (kg) kelapa yang dianggarkan bernilai RM205,000 selepas menahan sebuah treler...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd