• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Kesan Kanak-Kanak Lelaki Hilang Di Tawau

oleh Ahmad Albab
07/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAWAU – Polis sedang mengesan seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun yang dilaporkan hilang sebelum kali terakhir dilihat sedang menonton televisyen di rumahnya.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Fadil Marsus berkata, setakat ini pihaknya sedang menyiasat dan mencari Muhammad Azizan Rosli, 9, murid SekolahKebangsaan Bandar Sadani 6 di sini selepas satu laporan polis tentang kehilangan mangsa dibuat bapanya Rosli Gani, 57, semalam.

“Berdasarkan maklumat awal kejadian itu disedari ibu mangsa kira-kira 4.30 petang setelah mendapati mangsa tidak berada di rumah dan telah mencari di kawasan sekitar kampung dan rumah saudara-mara tetapi masih tidak ditemui.

“Sebelum itu, pada 3 petang ibu mangsa keluar rumah, menghadiri majlis bacaan Yasin di Masjid At Taqwa Kampung Sadani dan meninggalkan mangsa bersama abang mangsa yang juga seorang orang kurang upaya (OKU) fizikal,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Sementara itu, katanya pihak Bomba dan Penyelamat Tawau yang dimaklumkan mengenai kejadian tersebut turut melaksanakan operasi mencari dan menyelamat di kawasan sungai berdekatan.

Fadil berkata mengikut siasatan awal, mangsa kali terakhir dilihat memakai baju jersi berwarna biru dan berseluar hitam. – BERNAMA

Tags: kanak-kanakkes hilang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

15/02/2026
0

SHAH ALAM: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun ditemui rentung, manakala seorang lelaki cedera dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat...

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

19/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tangisan tanpa henti seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dipercayai menjadi punca dia dipukul anak pengasuh di sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd