• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kecoh Kisah Donald Trump Obses Gorila

oleh Ahmad Albab
07/01/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MENGEJUTKAN apabila Donald Trump yang disifatkan antara pemimpin paling berkuasa di dunia bertanggapan adanya saluran televisyen yang menayangkan bahan berasaskan gorilla sepanjang 24 jam.

Umpama seorang yang obses terhadap haiwan itu, Presiden Amerika Syarikat (AS) itu juga mengadu kepada pegawainya di Rumah Putih kerana gagal mencari saluran berkenaan.

Bagi memenuhi permintaan dan minat Trump, kakitangannya itu telah mengkompilasikan beberapa dokumentari berkaitan gorila dan mewujudkan menara transmisi untuk saluran berkenaan.

“Ada harinya dia akan menonton saluran gorilla itu selama 17 jam tanpa henti,” demikian dedah ‘orang dalam’ Rumah Putih.

Gelagat Trump ini didedahkan dalam buku Micheal Wolff berkaitan insiden di belakang tabir sekitar Rumah Putih yang dilancarkan baru-baru ini.

Susulan itu juga, akaun twitter popular, @pixelatedboat memutuskan untuk menggunakan peluang ini untuk mempromosikan buku berkenaan.

“Wow, sebahagian intipati buku Wolff mendedahkan sesuatu yang mengejutkan berkaitan apa yang difikirkan Trump,” kata tweet itu.

Tweet itu dengan pantas tular, malahan ada yang terpengaruh dan mempercayainya.

Pelbagai komen netizen diterima dan bagi mengelak keadaan tidak terkawal, @pixellatedboat memutuskan untuk menukar nama twitternya kepada “perkara berkaitan saluran gorila itu sekadar jenaka”.

Bagaimanapun tindakan itu sudah terlambat kerana ada pihak yang mengambil peluang untuk menggunakannya untuk tujuan penjenamaan di media sosial.

Netflix telah tweet: “tolong jangan hubungi talian khidmat pelanggan kami untuk bertanya sama ada kami ada Saluran Gorila itu.” – mirror.uk/mStar Online

Tags: gorila
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mike Tyson Mahu Bayar RM40,865 Lawan Gorila

19/02/2019
0

JUARA Heavyweight dunia, Mike Tyson sentiasa yakin dengan kebolehan yang ada pada dirinya. Mengimbas kembali satu peristiwa lama, dia pernah...

Shabani Gorila Kacak

26/11/2018
0

NAYOGA - Seekor gorila menjadi popular di sebuah zoo di bandar ini selepas ribuan 9*/pengunjung datang semata-mata untuk melihat dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd