• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bot Tempatan Dibebaskan Hasil Rundingan – TLDM

oleh Ahmad Albab
06/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LUMUT – Sebuah bot nelayan tempatan yang ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Indonesia (APMI) hari ini telah dibebaskan hasil rundingan pantas antara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dengan agensi negara jiran itu.

Assisten Ketua Staf Operasi Markas Pemerintahan Armada Barat, Kapten Azman Rabani berkata dalam kejadian di 29 batu nautika barat daya Teluk Intan itu, Pusat Operasi Armada melalui Aplikasi Kesedaran Keselamatan Komuniti Maritim (K3M) telah menerima laporan berhubung penahanan bot nelayan dari Hutan Melintang itu.

Beliau berkata berdasarkan laporan itu, bot nelayan tersebut difahamkan dikejar kapal APMI kira-kira tiga batu nautika dalam perairan negara sebelum Kapal Diraja (KD) Jerai bergegas ke lokasi kejadian bagi memberi bantuan.

“Pada pukul 11.36 pagi, bot nelayan tersebut telah ditahan kapal APMI untuk pemeriksaan dokumen dan pada masa yang sama, pihak TLDM dan APMM telah membuat rundingan dengan pihak Indonesia untuk melepaskan bot terbabit.

“Bagaimanapun pada pukul 11.40 pagi, kapal APMI telah menunda bot nelayan itu menuju ke perairan Indonesia sebelum bot tersebut dilepaskan kira-kira 11.45 pagi oleh pihak Indonesia hasil rundingan yang dibuat,” katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

Azman berkata APMI turut menasihatkan tekong bot nelayan terbabit agar tidak menangkap ikan di kawasan perairan berdekatan sempadan Indonesia.

Beliau berkata perkara itu turut mendapat perhatian Persatuan Nelayan di Perak yang menyatakan kesyukuran dan berterima kasih atas kepantasan TLDM dan APMM dalam memastikan keselamatan nelayan tempatan terjamin. – BERNAMA

Tags: TLDM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Seorang Maut, 18 Selamat Dalam Insiden Bot Karam Di Perairan Pulau Perak

Seorang Maut, 18 Selamat Dalam Insiden Bot Karam Di Perairan Pulau Perak

27/11/2025
0

Seorang Maut, 18 Selamat Dalam Insiden Bot Karam di Perairan Pulau Perak Oleh Mynewshub  LANGKAWI, 27 November – Seorang individu...

Sembilan Individu Terkandas Akibat Tanah Runtuh Di Pulau Jarak Diselamatkan TLDM

Sembilan Individu Terkandas Akibat Tanah Runtuh Di Pulau Jarak Diselamatkan TLDM

27/11/2025
0

Sembilan Individu Terkandas Akibat Tanah Runtuh di Pulau Jarak Diselamatkan TLDM Oleh Mynewshub  LUMUT, 27 November – Hujan lebat berterusan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd