• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, April 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Misteri Mukhriz Naik Pangkat 2 Kali Tanpa Pemilihan

oleh
07/01/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

AJAIB… Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad ada sebab tertentu kembali aktif dalam politik sekali gus mengkritik golongan meninggalkan parti tersebut.

Perkara itu didedahkan bekas penaja PPBM, Kamarulazman Habibur Rahman sambil mendakwa, belum pun habis Perhimpunan Agung Tahunan dijalankan, anak Mahathir, Datuk Seri Mukhriz tiba-tiba naik pangkat begitu sahaja.

Bekas menteri besar Kedah itu khabarnya telah diangkat oleh ‘tangan ghaib’ untuk merampas jawatan tinggi dalam parti sebanyak dua kali dengan cara amat misteri sehingga menimbulkan banyak persoalan cepumas menarik.

“Bagaimana ‘anak emas’ ini boleh cepat mendapat kenaikan jawatan tanpa sebarang pemilihan parti dijalankan, ganjil, daripada bendahari tiba-tiba jadi sebagai naib persiden dan kemudian pula kepada timbalan presiden?

“Ini menjawab persoalan mengapa Mahathir bergiat semula dalam aru politik perdana dan mengkritik kami yang meninggalkan PPBM kerana kecewa dengan gejala tidak demokratik itu,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Mengulas dengan lebih lanjut Kamarulazman menjelaskan bahawa Mahathir, 92, juga sekali lagi mengambil peluang dalam ucapannya untuk menggelarkan taraf golongan yang meninggalkan PPBM sebagai sampah.

“Mengapa beliau begitu berminat dengan ‘kewujudan’ kami? Pasti ada sesuatu bahaya yang kami bawa terhadap PBM dan anaknya Mukhriz, nampaknya beliau bersungguh-sungguh ingin bunuh karakter dan kredibiliti kami.”

Menurutnya, tindakan itu juga adalah sebagai langkah Mahathir untuk menutup mulut dalam menyatakan pandangan bahawa Mukhriz tiada apa yang perlu untuk menjadi seorang pemimpin politik berkebolehan.

Jelasnya, Mahathir tidak perlu berpura-pura dengan matlamat sebenar perjuangannya dalam PPBM sehingga tergamak menghasut ahli parti untuk melihat mereka yang keluar parti tersebut sebagai sampah!

“Apakah sebenarnya jawatan Mukhriz dalam PPBM? Sungguh memalukan, ini sepatutnya tidak boleh berlaku. Saya masih ingat lagi jawatan sebenar Mukhriz ketika mesyuarat penaja Bersatu dijalankan pada 2016 lepas.

“Mukhriz hanya dilantik sebagai bendahari dan saya ialah setiausaha. Saya masih ingat lagi bagaimana berlaku ‘perubahan’ ketika saya serah dokumen pendaftaran PPBM kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

“Saya sendiri menyerahkan senarai jawatankuasa PPBM di pejabat ROS di Putrajaya dengan nama Mukhriz cuma sebagai bendahari parti, seperti apa yang diputuskan oleh mesyuarat penaja,” dakwa Kamarulazman lagi.

Namun, beliau tergamam apabila pegawai ROS yang bertanggungjawab dalam proses pendaftaran rasmi parti tersebut kemudian bertanya kepada dirinya mengenai kewujudan dua senarai jawatankuasa PPBM berbeza.

Kemudian kata Kamarulazman, dalam mesyuarat luar biasa yang tidak diiktiraf oleh ROS, Mukhriz sekali lagi dinaikkan pangkat kepada jawatan timbalan presiden. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Mukhriz MahathirPPBM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ahmad Bashah Buat Keputusan Tanam Durian – Mukhriz

Ahmad Bashah Buat Keputusan Tanam Durian – Mukhriz

12/07/2022
0

KUALA LUMPUR : Selepas lebih seminggu episod menuding jari, bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini mendakwa...

Elak Tanggapan Tikus Membaiki Labu

05/06/2022
0

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) beriltizam mahu membantu mengatasi gejala rasuah dan salah guna kuasa dalam kalangan belia suatu usaha...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd