• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, April 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Raja Saudi Arah Bayar Elaun Bulanan 1,000 Riyal

oleh
07/01/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RIYADH – Raja Arab Saudi, Raja Salman hari ini mengarahkan bayaran bulanan sebanyak 1,000 riyal (RM1,063) kepada penjawat awam sebagai mengimbangi kos sara hidup yang meningkat.

Ia susulan langkah kerajaan negara kaya minyak tersebut terpaksa menaikkan harga runcit petrol tempatan dan memperkenalkan cukai nilai tambahan (VAT) ala cukai barang dan perkhidmatan (GST) mulai 1 Januari lalu.

Dalam dekri diraja disiarkan media tempatan, raja tersebut turut mengarahkan bayaran 5,000 riyal (RM5,332) kepada anggota tentera yang sedang berkhidmat di Yaman dan terlibat dalam peperangan selama tiga tahun.

Arab Saudi, pengeksport petroleum terbesar di dunia, menaikkan harga minyak sekitar seganda pada Isnin lalu sebagai inisiatif pelan reformasi kebangsaan yang bertujuan untuk merencamkan sumber hasil ekonominya.

VAT sebanyak lima peratus turut dikuatkuasakan ke atas barangan dan perkhidmatan pada hari sama. Cukai kepenggunaan itu turut dilaksanakan di 190 negara kerana lebih telus dan tidak mudah ditiriskan oleh peniaga.

Arahan bagi bayaran baharu itu adalah bagi mengiktiraf “beban yang ditanggung sesetengah segmen masyarakat ekoran langkah-langkah yang dilakukan untuk mengubah struktur ekonomi negara” menurut dekri tersebut.

Namun Raja Salman turut mengarahkan agar VAT ditanggung oleh pihak kerajaan bagi beberapa sektor kritikal, termasuk bidang kesihatan dan khidmat pendidikan selain aktiviti pembelian rumah untuk kali pertama.

Ia dijangka menelan belanja tambahan sehingga 850,000 riyal (RM903,771) manakala elaun bulanan bagi para pelajar, golongan pesara kerajaan dan penerima bantuan kebajikan turut dinaikkan bagi membantu mereka.

Arab Saudi juga merancang untuk menghapuskan subsidi secara bertahap-tahap bagi pelbagai produk tenaga agar ekonominya tida lagi bergantung kepada sumber minyak, menurut belanjawan 2018. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

*Video bawah sekadar hiasan…

Tags: Arab SaudiRaja Salman Abdulaziz Al Saud
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

18/04/2026
0

JEDDAH – Perjuangan wakil negara, Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam kempen AFC Champions League Elite 2025/26 berakhir di peringkat suku...

Kilang Petrokimia Gergasi Arab Saudi Terbakar

Kilang Petrokimia Gergasi Arab Saudi Terbakar

07/04/2026
0

Oleh Mynewshub   JUBAIL – Sebuah kebakaran besar dilaporkan berlaku di kawasan perindustrian Jubail, Arab Saudi, yang merupakan antara hab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd