• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gavin Terima Lanjutan Tiga Tahun Tajaan Maybank

oleh AK-47
05/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemain golf Malaysia pertama memenangi Order of Merit Jelajah Asia, Gavin Kyle Green terus menerima sokongan daripada Maybank untuk tempoh tiga tahun lagi atas kejayaan bersejarahnya itu.

Setelah menaja pemain berusia 24 tahun itu untuk tiga tahun selepas dilantik sebagai Duta Golf Maybank ​​​ASEAN pada 2015, Maybank hari ini mengumumkan penajaan selama tiga tahun lagi dalam membantu meningkatkan kemampuan pemain berkenaan bersaing di peringkat antarabangsa.

Maybank hari ini mengumumkan lanjutan tajaan kepada pemain negara itu selama tempoh tiga tahun lagi.

Inisiatif itu sebahagian daripada komitmen berterusan Maybank untuk meningkatkan kecemerlangan golf di rantau ASEAN.

Gavin yang menjadi pemain profesional pada 2015 dan bersaing pada Sukan Olimpik Rio 2016, muncul pemain golf kedua termuda memenangi Order of Merit Jelajah Asia, selepas meraih kejuaraan pertama di Taiwan Masters Mercuries, Oktober lepas, dan menduduki tempat kedua sebanyak tiga kali pada musim 2017.

“Gavin adalah contoh daripada inisiatif pembangunan bakat berkesan, dengan Maybank memberi penekanan terhadap bakat muda yang berdedikasi, fokus dan bercita-cita tinggi serta membantu mereka mencapai tahap lebih tinggi,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank Datuk Abdul Farid Alias dalam kenyataan hari ini.

“Lebih sedekad lalu, kami memutuskan untuk menumpukan usaha dalam mengenal pasti, membimbing dan mencungkil bakat golf terbaik di ASEAN. Kini, kita mula melihat usaha itu membuahkan hasil dengan kemunculan pemain golf baru dan meningkat naik dari Malaysia dan rantau ini untuk bersaing di peringkat antarabangsa,” katanya.

Maybank adalah institusi kewangan pertama di Malaysia yang memperjuangkan pembangunan golf jangka panjang di negara ini dan merentasi rantau ASEAN, dan mula memberi sokongan terhadap perkembangan sukan berkenaan sejak 2006.

Ia termasuk menyalurkan penajaan terhadap pemain terpilih; mewujudkan platform kepada bakat Malaysia dan ASEAN pengalaman beraksi pada kejohanan antarabangsa; sokongan kewangan melalui hadiah kejohanan ditaja; dan menganjurkan Kejohanan Golf Maybank yang merupakan platform terbaik bagi pemain mengecapi kejayaan peringkat antarabangsa di Malaysia.

Sebelum ini, institusi perbankan berkenaan menaja pemain golf profesional negara, Danny Chia dan Shaaban Hussin.

Sementara itu, Gavin sangat menghargai sokongan yang diberikan institusi kewangan tersebut terhadap perkembangan kariernya.

“Ia benar-benar penghormatan luar biasa untuk meneruskan kerjasama dengan Maybank sebagai Duta Maybank ASEAN dalam sukan golf. Maybank dan Kejohanan Maybank membuka banyak peluang sepanjang karier saya dan ia satu platform terbaik beraksi dengan pemain bertaraf dunia dan mewakili Malaysia,” kata Gavin dalam kenyataan itu.

Gavin akan mewakili Malaysia pada Kejohanan Golf Maybank di Saujana Golf and Country Club di Subang dari 1 hingga 4 Feb depan. – BERNAMA

Tags: Gavin Kyle Green
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gavin Raih Anugerah Pemain Terbaik Jelajah Asia

18/12/2017
0

JAKARTA – Pemain golf nombor satu Malaysia, Gavin Kyle Green menamatkan pencapaian menakjubkan musim ini penuh bergaya apabila dinobatkan Pemain...

Gavin Tekad Raih Gelaran Sulung Klasik CIMB

11/10/2017
0

KUALA LUMPUR - Pemain golf terkemuka negara, Gavin Kyle Green berazam untuk muncul pemain Malaysia pertama merangkul kejuaraan kejohanan golf...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd