• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sembilan Banduan Kes Pota Jalani Fasa Terakhir

oleh AK-47
05/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Sembilan banduan kes keganasan dijadual menjalani fasa terakhir program deradikalisasi tidak lama lagi, kata Ketua Pengarah Jabatan Penjara Datuk Seri Zulkifli Omar.

Beliau berkata banduan perlu menjalani empat peringkat program deradikalisasi, yang meliputi pengukuhan keperibadian dan kursus memajukan diri selain fasa akhir program yang melibatkan modul integrasi semula dalam tempoh 21 hingga 24 bulan bermula bulan ini.

Berkongsi pengalamannya pada Dialog Keselamatan Antarabangsa Putrajaya (PISD) di sini, hari ini, Zulkifli berkata banduan kes kesalahan keganasan turut diasingkan demi keselamatan.

“Kami menempatkan mereka di penjara yang berbeza di seluruh negara. Kami mempunyai 36 penjara dan banduan berkenaan kini berada di 12 penjara,” katanya.

Mengenai penilaian bersepadu terhadap banduan-banduan itu, beliau berkata 20 peratus daripadanya akan dilakukan oleh Kementerian Dalam Negeri, 40 peratus lagi oleh Jabatan Penjara dan 40 peratus oleh pihak polis.

Zulkifli berkata mereka yang dinilai sebagai ‘lemah’ akan disyorkan untuk perintah tahanan lanjutan kira-kira dua tahun manakala mereka yang dinilai ‘sederhana’ akan dicadang supaya penahanannya dilanjutkan selama setahun.

Mereka yang dinilai sebagai ‘baik’ pula dicadangkan supaya dibebaskan dengan pengawasan selama dua tahun dan mereka yang dinilai ‘amat baik’ akan disyorkan supaya dibebaskan dengan pemantauan bagi rakyat Malaysia manakala rakyat asing dihantar pulang ke negara mereka.

Pada 2016, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata bahawa 130 orang yang ditangkap berhubung dengan aktiviti berkaitan Daesh telah diletakkan di bawah program deradikalisasi. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Zulkifli OmarKes Pota
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Modul Pemulihan Jabatan Penjara Berjaya Capai 97.5%

15/03/2018
0

KANGAR - Modul pemulihan tahanan militan yang dilaksanakan Jabatan Penjara Malaysia menjadi rujukan negara luar berikutan kejayaannya mencapai tahap sehingga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd