• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aksi Persahabatan Malaysia Bertemu Syria Ditangguh

oleh Ahmad Albab
05/01/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perlawanan persahabatan antara skuad bawah 23 tahun (B-23) kebangsaan dengan Syria B-23 yang dijadual berlangsung di Stadium Pusat Latihan Jiangsu, Nanjing, China pada 4 petang ini, terpaksa ditangguhkan ke keesokan hari.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam satu kenyataan, berkata perkara itu disebabkan keadaan permukaan padang yang dilitupi salji tebal dan berbahaya kepada pemain.

“Selain itu, pasukan Syria B-23 yang kini berada di Kunshan juga tidak dapat melakukan perjalanan ke Nanjing kerana jalan ditutup,” kata kenyataan itu.

Sehubungan itu, Persatuan Bola Sepak China (CFA) sedang mencari alternatif lain agar perlawanan ini tetap dapat diteruskan. Bagaimanapun ia tertakluk kepada keadaan cuaca dan faktor keselamatan yang lain.

Ketua jurulatih negara, Datuk Ong Kim Swee menjelaskan sekiranya perlawanan berkenaan masih tidak dapat diteruskan, skuad B-23 kebangsaan akan terus memulakan aksi sulung Kumpulan C Kejuaraan B-23 AFC 2018 di Changshu bertemu Iraq pada 10 Jan ini.

“Sudah tentu jika perlawanan ini masih tidak dapat dilangsungkan esok, ia sesuatu yang mengecewakan buat pasukan Malaysia dan Syria yang mahu menguji kekuatan pasukan masing-masing menjelang kejohanan berkenaan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Syria
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bot Tambang Penyelamat Akibat Terputus Hubungan

Next Post

TalentCorp Terus Tingkat Kemahiran Rakyat Malaysia

Related Posts

Pergolakan Di Syria: Kerajaan Belum Berhasrat Bawa Pulang Rakyat Malaysia

Pergolakan Di Syria: Kerajaan Belum Berhasrat Bawa Pulang Rakyat Malaysia

18/12/2024
0

PUTRAJAYA : Kerajaan belum berhasrat membawa pulang lebih 50 rakyat Malaysia termasuk pelajar yang kini berada di Syria susulan kejatuhan...

Sabah Diramal Alami Pengurangan Hujan Tahun Depan – Armizan

2 Lapangan Terbang Utama Syria Henti Operasi

22/10/2023
0

DAMASCUS: Perkhidmatan dua lapangan terbang utama di Syria terpaksa dihentikan selepas serangan dilakukan Israel hari ini, lapor media kerajaan yang...

Next Post

TalentCorp Terus Tingkat Kemahiran Rakyat Malaysia

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd