• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Didakwa Kuat Cemburu, Ayda Jebat Pilih ‘Kunci’ Mulut

oleh
05/01/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENYANYI yang juga pelakon, Ayda Jebat memilih mengunci mulut daripada bercakap mengenai kontroversi terbaharu yang membelenggu dirinya ketika ini.

Ia melibatkan isu tindakan penyanyi itu yang dilihat sering kali menemani figura kacak, Redza Rosli di lokasi penggambaran gara-gara cemburu.

Ayda atau nama sebenarnya, Nur Suhada Jebat berkata, dia tidak mahu mengulas lanjut berhubung perkara itu dan menganggap ia sebagai sesuatu yang tidak perlu dihuraikan.

“Saya rasa tak perlu ulas perkara begini sekarang. Malah, rasanya ia tidak sesuai untuk saya perkatakan.

“Saya mahu pada 2018 ini jadi lebih positif dan kalau boleh saya tak mahu lagi jawab soalan yang boleh buat orang tertanya-tanya lagi. Saya harap anda memahami,” katanya dipetik mStar Online.

Ayda berkata demikian bagi mengulas mengenai dakwaan mengatakan dia sering menemani Redza ke set penggambaran ekoran dipercayai cemburu pembabitan figura itu bersama aktres lain.

Sementara itu ditanya mengenai perkembangan hubungan bersama Redza, Ayda mengakui selesa berkawan dengan aktor itu dan menganggapnya sebagai sahabat rapat.

“Saya senang dengan keperibadian dan sikap Redza sebab itu kami selesa berkawan. Kebetulan pula, saya tidak ada ramai kawan untuk berborak dan berkongsi cerita.

“Malah, kami juga ada beberapa komitmen kerja untuk dipromosikan bersama. Jadi sudah tentu kami masih berkawan macam biasa,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Ayda memberitahu, tahun ini dia merancang untuk mengurangkan komitmen dalam lakonan dan meletakkan fokus yang lebih pada cabang nyanyian.

“Pada tahun lepas saya dah siapkan dua rakaman lagu single baharu dan sekarang dalam proses akhir untuk memperkemaskan lagu itu.

“Saya rancang mahu mengeluarkan single pertama itu pada bulan ini. Tahun ini juga saya ingin mengembangkan lagi kerjaya nyanyian.

“Jadi untuk lakonan itu, saya perlu pilih-pilih, mungkin satu filem dan satu drama siri saja.

“Kalau tawaran watak itu lebih kurang dengan yang pernah saya bawa sebelum ini saya tak ambil rasanya. Kita tengoklah nanti macam mana,” kata Ayda.

Hmm…Tak apa awal-awal ini kawan dulu. Nanti lama kelamaan rasa cinta itu pasti akan timbul. Kalau ada jodoh, tak akan ke mana kan… – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: Ayda Jebatredza rosli
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ayda Jebat, Nabil Bertunang Atas Talian

29/04/2020
0

KUALA LUMPUR - Selepas menjalin hubungan rapat kira-kira setahun, Nabil Mahir dan Ayda Jebat bertunang secara atas talian, semalam. Nabil,...

Ayda Jebat Cipta Rekod Di Awan Biru

08/08/2019
0

KOTA KINABALU - Penyanyi, Ayda Jebat melakar sejarah apabila persembahan mini pertamanya yang diadakan dalam pesawat AK5106 dari Kuala Lumpur...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd